Friday, July 27, 2012

Terima Kasih the Star Kerana Mendedahkan Nama-nama Pelik Pengundi

 



Jika the Star tidak mendedahkan beberapa nama pelik yang terkandung dalam senarai pengundi berdaftar, pasti pembangkang dan BERSIH akan meroyan lagi kerana tidak percaya bahawa nama-nama tersebut adalah sah.  

Sekali pandang, nama-nama pelik tersebut memang kelihatan seperti 'main-main' atau rekaan.  Antaranya, 'S', 'Atas Jalan', 'Tepi Jalan', 'Machine Gun', 'Boeing', 'Elvis Presley' dan macam-macam lagi.   Namun, menurut SPR, nama-nama tersebut benar-benar wujud kerana terdapat rekod kad pengenalan yang sah.  Selain itu, SPR mengakui bahawa terdapat lebih kurang 15,000 nama di mana rekod pendaftaran undi dengan rekod kad pengenalan mereka adalah tidak sama.  Bagi kes seperti ini, SPR tidak ada hak untuk membuang mereka dari senarai pengundi selagi mereka berdaftar sebagai warganegera yang sah.      

Begitu juga dengan masalah di mana terdapat lebih kurang 1,000 pengundi yang berumur lebih 100 tahun yang menimbulkan berbagai keraguan dan tandatanya. Bagaimanapun, SPR tidak berhak untuk membuang nama mereka dari senarai pengundian selagi tiada rekod kematian yang dikemaskini oleh waris mereka.  

Menurut SPR juga, kini terdapat lebih kurang 3.7 juta warga yang layak mengundi tetapi belum berdaftar dengan mereka.  

Apa yang pasti SPR telah melakukan segala-galanya bagi memastikan senarai undi benar-benar bersih namun beberapa perkara seperti yang disebut di atas telah menyukarkan kerja-kerja pembersihan ini.  

Walau apapun, ini adalah perkara biasa bagi semua negara demokrasi di dunia menghadapi kesukaran memastikan senarai undi benar-benar bersih.  

Memandangkan pengundi berdaftar masa kini adalah berjumlah 12.5 juta, maka jumlah senarai yang meragukan iaitu 15,000 – 16,000 adalah amat rendah sekali.  Lebih-lebih lagi, bukan semua pengundi tersebut berada di daerah yang sama.  Selain itu, dengan meletakkan status sebagai 'senarai meragukan' tidak bermakna kesemua 15,000 – 16,000 itu adalah benar-benar tidak sah.  

Kerana itulah kita menyatakan bahawa tindakan membawa perjuangan BERSIH ke jalanraya adalah satu tindakan yang tidak masuk akal atau lakonan yang berlebihan.  Lebih pelik lagi bila kedengaran laungan untuk menjatuhkan kerajaan dalam perhimpunan BERSIH 3.0.   Apakah logik untuk menggulingkan kerajaan hanya kerana terdapat 15,000 – 16,000 nama yang meragukan dalam senarai undi?  

Apakah pembangkang yakin yang mereka boleh menang dan menjadi pemerintah sekiranya dapat mengesahkan bahawa kesemua 16,000 orang itu tidak wujud?   

Hakikat yang perlu pembangkang terima ialah SPR telah melakukan yang terbaik dan sekiranya pembangkang kalah lagi dalam pilihanraya kali ini, ia adalah kerana rakyat semakin muak dengan lakonan keterlaluan pemimpin-pemimpin pembangkang dan menyampah dengan BERSIH.  

Jika pembangkang ingin menang pilihanraya, sebenarnya mereka tidak perlu berdemonstrasi atau menuduh polis, SPR dan kerajaan itu dan ini.  

Apa yang mereka perlu lakukan ialah tunjukkan kematangan, bekerja dengan sopan dan cakaplah serupa bikin.  Sebaliknya, sikap pembangkang terhadap SPR dan kerajaan telah menjauhkan lagi rakyat dari mereka.  Justeru, walaupun senarai undi dapat dibersihkan seratus-peratus kita tidak yakin yang mereka akan mampu menang pilihanraya.  



No comments:

Post a Comment

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.