Friday, September 21, 2012

Perhimpunan Agung UMNO 27 November Hingga 1 Disember 2012

Perhimpunan Agung UMNO 27 November Hingga 1 Disember 2012


KUALA LUMPUR, 20 Sept . – Persidangan Perhimpunan Agung UMNO 2012 akan berlangsung selama lima hari bermula pada 27 November hingga 1 Disember hadapan.
Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Najib Tun Razak memberitahu persidangan kali ini akan dimulakan sebagaimana lazimnya dengan Taklimat Presiden pada 27 November dan perasmian Persidangan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO yang akan berlangsung pada sebelah malam.
“Persidangan pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO akan berjalan pada 28 November dan pada hari berikutnya iaitu 29 November hinggalah 1 Disember, Perhimpunan Agung UMNO akan diadakan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di ibu pejabatnya, Menara Dato Onn, petang ini.
Dalam masa yang sama, beliau turut memaklumkan bahawa mesyuarat Bahagian UMNO yang telah bersidang adalah 176 dengan 15 Bahagian lagi akan disempurnakan hujung minggu ini.
“MT juga mengambil maklum syor Jawatankuasa Pengurusan berhubung cadangan tatacara penerimaan bagi borang permohonan keahlian ahli baru dan penukaran Cawangan yang enggan diterima oleh pihak Bahagian dan Cawangan.
Katanya, syor tersebut ialah, bagi mana-mana borang permohonan yang diterima oleh Ibu Pejabat yang tidak ditandatangani oleh Jawatankuasa Cawangan akan diserahkan kepada Bahagian untuk diserahkan kepada Jawatankuasa Cawangan dan diselesaikan dalam tempoh dua bulan daripada tarikh surat yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat selaras Fasal 5.4 Perlembagaan UMNO
“Sekiranya pihak Bahagian dan Cawangan gagal mematuhi arahan tersebut, maka selaras Fasal 5.7 Perlembagaan UMNO, permohonan akan diterima masuk secara aotomatik dan ianya adalah muktamad, manakala bagi mana-mana penjawat jawatan yang didapati telah menyalahgunakan kuasa beliau dengan sengaja untuk tidak menerima mana-mana permohonan keahlian, boleh dikenakan hukuman di bawah Perkara 8, Tataetika Ahli,” tegasnya. – MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.