Friday, September 21, 2012

UMNO Difitnah : Tindakan Terdesak Wujudkan Kebencian - Najib



Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak membidas segelintir pihak yang sanggup menyebar kepalsuan dan fitnah semata-mata untuk menghasut pelajar membenci kerajaan menjelangnya pilihan raya kampus.

Beliau berkata demikian berikutan tersebarnya sepucuk surat yang menggunakan kepala surat UMNO dan ditandatangani oleh Presiden parti.

"Ini satu perbuatan yang menunjukkan pihak tertentu begitu terdesak dan sanggup menggunakan apa cara sekali pun termasuk menyebar fitnah secara bertulis yang telah dapat dikesan oleh kita dan kononnya ditulis oleh saya atas nama Presiden UMNO," katanya.

Surat tersebut ditujukan kepada Prof. Dr. Zaleha Kamaruddin, Rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang menyatakan pelantikan Datuk Prof. Madya Dr. Mizan Hitam sebagai Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UIA menggantikan Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkuat kuasa serta merta.

"Surat yang palsu ini menyatakan bahawa ia adalah bertujuan membawa kejayaan dan kegemilangan kepada pro-Aspirasi untuk memartabatkan bangsa dan negara berlandaskan Perlembagaan UMNO.

Tegasnya, ini adalah contoh bagaimana mereka ini dalam keadaan tertekan dan sanggup lakukan apa saja untuk sebarkan kebencian kepada kerajaan.

"Surat ini adalah satu fitnah yang saya nafikan sekeras-kerasnya malah saya tidak pernah mengeluarkan surat parti atas pelantikan mana-mana anggota dalam universiti," tegasnya.

Ujarnya lagi, perkara ini boleh disahkan oleh pihak universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi. - MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.