Wednesday, March 6, 2013

Harakah Daily Tersilap Antara Fakta Dan Kebenaran

Portal HarakahDaily dan tidak ketinggalan cybertroopers pembangkang ketika ini, begitu hebat menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertujuan untuk mengaitkan kerajaan dengan pencerobohan bersenjata di Sabah. Pelbagai gambar telah dimuatnaik di dalam portal rasmi parti yang mendakwa memperjuangankan Islam itu dan disusuli dengan serangan bertali arus di media-media sosial seperti Facebook dan Twitter.

Tanpa mengambilkira sama ada laporan tersebut mempunyai nilai fakta atau tidak, media dan cybertroopers pembangkang terus cuba meyakinkan rakyat dengan berita fitnah, seperti yang sering dilakukan sebelum ini. Gambar pemimpin Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Murad Ebrahim dengan Perdana Menteri sengaja disensaikan bagi meyakinkan rakyat.

Merasakan ia merupakan peluang keemasan untuk menyalahkan Umno, mereka dengan pantas cuba mengaitkan kononnya kerajaan adalah merupakan dalang sebenar. Ia antaranya bertujuan untuk menutup isu mengenai penglibatan Anwar seperti yang di dakwa oleh media antarabangsa Reuters dan badan perisikan tentera Filipina sebelum ini.

Sedangkan faktanya, Harakahdaily sebenarnya telah terkeliru dan gagal membezakan antara MILF pimpinan Murad dengan Moro National Liberation Front (MNLF) yang ditubuhkan pada 1971 pimpinan Nur Misuari dan Salamat Hashim (Ustaz Hashim).

Untuk pengetahuan semua juga MILF tidak pernah mengiktiraf kesultanan Sulu, berbanding MNLF yang mempunyai hubungan yang akrab dengan Jamalul Kiram III yang kononnya merupakan waris sah kerajaan Sulu Darul Islam.

Kejayaan Malaysia sebagai orang tengah terhadap perundingan damai yang akhirnya berjaya menghasilkan perjanjian berkenaan kawasan tanah warisan atau Memorandum of Agreement on Ancestral Domain (MOA-AD) pada 2008 rupanya tidak begitu disenangi oleh Misuari.

Kesempatan tersebut, rupanya tidak dipersiakan oleh pengkianat negara, yang lantas mengadakan perjumpaan sulit bersama Misuari. Lebih menarik lagi, tidak lama selepas perjumpaan sulit itu, negara digemparkan dengan pencerobohan bersenjata oleh kumpulan yang mendakwa sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu.

Apakah ia hanya kebetulan atau laporan media Filipina mengenai penglibatan pembangkang ada kebenarannya? Menjadikan isu ini lebih menarik perhatian ialah, ketika Anwar berdepan dengan masyarakat yang menuntut penjelasannya mengenai perjumpaan rahsia tersebut, Misuari secara tiba-tiba tidak mengeluarkan kenyataan.

Mantan pemimpin MNLF itu antara lainnya mengatakan, beliau mendapat maklumat kononnya tragedi penceroboh bersenjata itu adalah kerana jemputan yang dilakukan oleh Perdana Menteri.

Selain dari itu, Misuari juga dilaporkan telah memberikan kenyataan berbaur ugutan kepada kerajaan dengan mengatakan akan menghantar tentera bantuan MNLF sekiranya Tentera Diraja Kesultanan Sulu dibunuh oleh pihak keselamatan Malaysia.

Kesimpulannya, rakyat perlu melihat, siapakah yang bakal mendapat keuntungan sebenar terhadap targedi berdarah ini. Dengan cara itu, semua teka-teki dan persoalan yang terdedah dengan sendiri.

No comments:

Post a Comment

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.