Friday, March 15, 2013

Menara Taming Sari tidak merugikan


MELAKA 13 Mac - Dakwaan pembangkang bahawa beberapa projek pelancongan yang dibangunkan oleh kerajaan negeri termasuk menara berputar Menara Taming Sari sebagai projek membazir adalah tuduhan yang tidak tepat.

Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Taming Sari Berhad, Nazary Ahmad berkata, menara berputar Taming Sari tidak terkecuali menjadi sasaran di dalam sebuah blog pembangkang yang mendakwa produk itu merugikan dan tidak diuruskan dengan baik.

''Sebaik sahaja saya terbaca blog tersebut, saya terus menghubungi penulisnya dan mempertikaikan beberapa fakta termasuk kutipan tiket yang disiarkan di dalam blog tersebut tidak tepat kerana mendapat maklumat daripada pihak lain.

''Penulisnya terkejut dengan penjelasan saya dan telah memohon maaf serta berjanji untuk menyiarkan permohonan maaf ekoran kesilapan itu tetapi sehingga hari ini tidak dilakukan.

''Saya hairan dengan sikap pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 yang menjadikan produk-produk pelancongan sebagai isu untuk menghentam kerajaan,".

Nazary berkata, Menara Taming Sari yang dibina dengan kos sebanyak RM24 juta dan mula beroperasi sejak 18 April 2008 hingga sekarang tidak mendatangkan kerugian.

Beliau berkata, sepanjang tempoh tersebut hingga sekarang, hasil kutipan tiket menara berkenaan yang berjaya diperoleh ialah sebanyak RM29.5 juta.

Menurutnya, pada awal pembukaan menara tersebut, telah berjaya mengutip RM4 juta disusuli RM5.2 juta pada 2009 terus meningkat kepada RM5.9 juta (2010) dan RM6.7 juta (2011).

''Tahun lalu sahaja kita berjaya mengutip sebanyak RM7.4 juta dan cukup jelas dakwaan pembangkang terhadap Menara Taming Sari adalah tidak tepat," ujarnya.

Melaka Taming Sari adalah anak syarikat kepada Kumpulan Melaka Berhad (KMB) yang merupakan anak syarikat kerajaan negeri.

Di samping itu beliau berkata, ekoran tarikan ramai pengunjung ke menara berkenaan, secara tidak langsung menyebabkan modal 300,000 unit saham biasa berharga RM1 pada 2007 meningkat kepada RM7.30 seunit pada tahun lalu.

''Ini sekali gus menjelaskan kepada mana-mana pihak menara Taming Sari bukanlah produk pelancongan yang dibangunkan kerajaan negeri sebagai merugikan," katanya.

Mengulas lanjut Nazary berkata, menara Taming Sari adalah salah satu produk pelancongan yang berjaya menarik kunjungan pelancong dari dalam dan luar negara.

No comments:

Post a Comment

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.