Masihkah kita ingat dengan nama Timor Timur? Pasti ramai mengingatinya, ia adalah sebuah wilayah kecil milik sah Indonesia sejak 1976 hingga 1999. Bermula tahun 2002 ia kemudiannya secara rasmi terpisah dari Indonesia dan dikenali sebagai Republik Demokratik Timor Leste.
Bagaimana wilayah Timor Timur akhirnya menjadi sebuah negara dan siapakah dalang yang bertanggungjawab menyebabkan Indonesia berpecah? Untuk menjawab persoalan itu, elok kita sama-sama menelaah sejarah kerana sejarah adalah guru kita, ia boleh dijadikan iktibar, pengajaran malah teladan berguna. Sebahagian punca yang merintis kepada keluarnya Timor Timur dari Indonesia disebabkan wujudnya sebuah forum Asia Pacific Conference on East Timur 2 (APCET II) yang diadakan di Kuala Lumpur pada 9 November 1996. Sebelumnya, Sidang APCET I pernah diadakan di Manila pada bulan Mei 1994.
Tujuan penganjuran kedua-dua forum tersebut amat jelas untuk membincangkan isu pembebasan wilayah itu dari Indonesia dengan turut melibatkan campur tangan antarabangsa. Bagaimana pun persidangan itu di bantah oleh Pemuda UMNO dan salah seorang penentangnya ialah Saifuddin Nasution yang ketika itu adalah Setiausaha Kerja Pergerakan pemuda UMNO Malaysia. Berikutan tentangan yang dilakukan oleh Pemuda UMNO tika itu, PAS pula bangkit sebagai pengkritik mempertikaikan kesungguhan Pemuda UMNO membantah Sidang APCET II, seakan memperlihatkan PAS menyebelahi usaha memerdekakan Timor Timur dari Indonesia. Salah satu NGO yang terlibat aktif menjayakan Sidang APCET II ialah SUARAM, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang kini aktif mengecam Kerajaan Malaysia khususnya dalam isu Kapal Selam Scorpeane.
Watak lain yang turut sama menyokong APCET II termasuklah Tian Chuan dan R.Sivarasa. Kebetulan yang amat menarik, kedua-dua pemimpin PKR ini telah ke Manila, Filipina pada 7 Februari 2013 yang lalu, dua tiga hari sebelum pengganas Sulu menceroboh Lahad Datu, Sabah. Kira-kira dua tahun selepas Sidang APCET II, Indonesia dilanda ribut reformasi yang sebahagian puncanya melibatkan sahabat karib Anwar Ibrahim iaitu Amien Rais yang bercita-cita untuk menjadi Presiden Indonesia menggantikan Suharto. Setahun kemudiannya, sewaktu Indonesia di bawah pimpinan Presiden BJ Habibie akhirnya satu pungutan suara di Wilayah Timor Timur diadakan yang memihak kepada gerakan pemisah. Selepas itu diikuti dengan berlakunya rusuhan besar-besaran melibatkan pertempuran antara orang Islam dan Kristian.
3 tahun kemudiannya Timor Timur muncul sebagai sebuah negara baru di mana ia juga kini merupakan tapak utama penyebaran agama Kristian di rantau Nusantara. Ringkasan sejarah kemunculan Timor Leste (Timor Timur) tak mustahil boleh berulang semula, yang mana kali ini mungkin melibatkan Sabah pula sementelah lagi salah seorang sekutu Anwar iaitu Jefrrey Kitingan pernah di tahan di bawah ISA berikutan dakwaan cuba membawa Sabah keluar dari Malaysia. Malah beberapa bulan sebelum berlakunya pencerobohan di Lahad Datu, pemimpin kepercayaan Anwar di Sabah itu pernah menemui waris 'Kesultanan Sulu', manakala Anwar pula pernah beberapa kali menemui rakan akrabnya yang pernah memimpin MNLF iaitu Nur Misuari yang diketahui umum begitu bercita-cita untuk menakluki Sabah.
Kebetulan juga Nur Misuari mempunyai hubungan rapat dengan Jamalul Kiram III dan merupakan penyokong kuat kepada tuntutan ke atas Sabah, dan kebetulan juga sebahagian besar pengganas Sulu tajaan Jamalul Kiram III merupakan anggota MNLF yang setia kepada Nur Misuari. Dalam pada itu, laporan oleh Reuters baru-baru ini yang memetik kenyataan sumber risikan tentera Filipina mengesahkan pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu ada kaitan dengan jemputan dari Ketua Pembangkang Malaysia iaitu Anwar Ibrahim. Tambah menarik lagi, sejak beberapa bulan kebelakangan ini Anwar kelihatannya cukup bergembira menyanyikan lagu "Sabah Nak Hilang" seakan satu bayangan akan ada sesuatu yang besar seperti Timor Timur bakal berlaku. Mungkin ya, mungkin tidak.
Apa pun sejarah hitam Indonesia kehilangan Timor Timur sewajarnya dijadikan iktibar dan diambil pengajarannya. Kita tidak mahu Sabah mengulangi sejarah tersebut dan tentu sahaja majoriti rakyat Sabah langsung tidak terdetik untuk berada di bawah kekuasaan Jamalul Kiram III yang sudah terbukti kekejamannya itu.

No comments:
Post a Comment