Sunday, June 30, 2013

KONVOI BERBASIKAL FESTIVAL BELIA 2013 PERINGKAT ALOR GAJAH

ALOR GAJAH, 29Jun- Seramai 35 orang belia dari pelbagai pertubuhan dan persatuan Belia Daerah Alor Gajah berjaya melakukan kayuhan sejauh 35 kilometer sempena konvoi berbasikal Festival Belia 2013 peringkat daerah itu, di sini, hari ini.

Timbalan Exco Pembangunan Belia dan Warisan Negeri, Datuk Norpipah Abdol berkata,program itu Sambutan Hari Belia peringkat daerah ini membabitkan 35 penyertaan golongan belia.

"Program ini diadakan serantak seluruh Melaka, diikuti peringkat daerah Alor Gajah konvoi berbasikal itu bermula kira-kira jam 8 pagi di Rural Transformasi Centre (RTC),Kampung Kuala Linggi.

"Peserta telah dilepaskan oleh Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Kuala Linggi, Datuk Ar.Ismail Othman," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Sambutan Festival Belia 2013 peringkat Daerah Alor Gajah, di Dataran Keris di sini, harini.

Hadir sama, Pegawai Daerah Alor Gajah Datuk Idrus Md Jani; Ahli Jawatankuasa Sambutan, Exco Majlis Gabungan Belia Daerah Alor Gajah, Pemimpin-Pemimpin Belia Daerah Alor Gajah dan polis. Norpipah yang juga ADUN Rembia berkata, program julung kali diadakan itu mendapat sambutan baik terutama dari kelab berbasikal Daerah Alor Gajah.

Beliau mengucapkan syabas kepada pihak penganjuran iaitu Pejabat Belia dan Sukan Daerah dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah kerana mengadakan pelbagai aktiviti sempena Sambutan Festival Belia ini.

"Sambutan Festival Belia Melaka peringkat daerah 2013 adalah mini sambutan yang mana ia diadakan sebagai hari pengiktirafan kerajaan terhadap sumbangan belia kepada pembangunan negara.

"Di samping itu, ia juga bagi mengembalikan keyakinan golongan ini kepada proses pembangunan dengan meletakkan mereka di dalam arus perdana negara," katanya.

Katanya lagi, semangat dan azam yang membara di kalangan anak muda seharusnya disalurkan ke arah aktiviti yang mendatangkan manfaat seperti jati diri, berhemah selain mengeratkan semangat perpaduan dan cintakan negara.

"Kelompok remaja dan belia seharusnya diberi peluang melibatkan diri dengan program dan aktivti kerana kita mahu melahirkan belia intelektual dan patriotisme di samping menghormati warisan bangsa," kata Norpipah.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada peserta konvoi berbasikal kerana melepasi ujian getir kira-kira 45 minit berkayuh akhirnya tiba di garisan penamat di Dataran Keris Alor Gajah.

No comments:

Post a Comment

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.