17 Jun 2013 - Sekumpulan delegasi belia dari Korea telah tiba untuk lawatan selama 10 hari di Malaysia yang melibatkan empat buah negeri iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Kelantan dan Melaka sempena Program Korea – Malaysia Youth Exchange 2013 Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Delegasi belia dari Korea tiba di Melaka dengan seramai 15 orang peserta merupakan destinasi keempat yang dikunjungi selepas menghabiskan sesi lawatan di Kelantan. Program ini bertujuan untuk memperkukuhkan semangat ASEAN dengan menanam sikap kesedaran dan lebih menghargai tanah air mereka dikalangan belia dari Asia Timur ini serta bermatlamat melahirkan masyarakat yang rajin berusaha untuk kemakmuran dan sikap saling hormat-menghormati dikalangan anggota-anggota ASEAN. Program ini juga dilihat mampu memupuk sikap saling memahami dan kerjasama dikalangan belia ASEAN secara khususnya. Malah ia juga dapat dijadikan sebagai platform bagi membuka peluang kepada para peserta agar dapat memahami keunikan budaya, tradisi, ekonomi, dan pembangunan sosial di Malaysia.
Melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, peserta delegasi ini dibawa menaiki beca, melawat muzium-muzium dan menaiki Menara Taming Sari dan sekitar bangunan Stadthuys Melaka yang terletak di Bandar Hilir. Mereka juga diiringi menjamu selera di Perkampungan Ikan Bakar Terapung Umbai. Selepas menjamu selera, destinasi seterusnya adalah Taman Rempah yang terletak di Pengkalan Rama.

Para peserta dibawa melayari bot Malacca River Cruise bagi merasai keindahan panorama sungai Melaka diwaktu malam. Dihiasi dengan pelbagai lampu dan kecantikan sekitar kiri dan kanan sungai Melaka telah berjaya memukau para delegasi ini. Sesi lawatan di Melaka yang hanya mengambil masa selama satu hari ini dilihat berjaya sebagai salah satu langkah bagi mempromosikan Malaysia di mata dunia disamping mengeratkan lagi hubungan antara dua buah negara.
No comments:
Post a Comment