Sunday, July 21, 2013

Presiden Pas Hina Golongan Nelayan, Samakan Mereka Seperti Ikan

Bertempat di bilik gerakan Unit peti Undi (UPU) Kampung Nail Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyamakan pengundi di Kuala Besut seperti ikan. Analogi tersebut digunakan kononnya bertujuan untuk mengelakkan para pengundi termakan dengan umpan yang diberikan oleh Barisan Nasional BN).
 
Berucap di hadapan kira-kira 200 orang semalam, Hadi mengatakan agar para pengundi di Kuala Besut  menjadi ikan yang cerdik dengan hanya memakan umpan yang diberikan.  "Ikan yang cerdik, dia makan umpan sahaja, tidak kail. Jangan jadi ikan dukang yang badan berbelang, (dan) bermisai tapi tidak berharga sesen. "Biar kita jadi ikan yang cerdik dan bijak. Orang bagi umpan, kita ambil umpan, mata kail biar kepada dia. Itu cara kita hadapi pilihan raya. Insya-Allah, kita akan mencapai kemenangan," katanya.  Namun ketika dipermulaan ceramah Hadi turut mengingatkan pengundi agar tidak mengambil sebarang duit sekiranya diberikan. Ini kerana menurutnya ia adalah merupakan satu kesalahan rasuah dan merupakan satu perbuatan yang haram.  "Pilihanraya bukan masa untuk bagi duit.. Kalau (BN) bagi duit masa pilihanraya ia dikira rasuah" katanya.  Persoalannya ialah, terdapat dua 'fatwa' yang saling bercanggah berhubung isu sama. Pertama Hadi menegaskan kepada pengundi agar menolak sebarang bentuk pemberian yang diberikan kerana ia merupakan satu perbuatan rasuah yang membawa kepada hukum haram dan berdosa.
 
Namun dipenghujung ceramah, dia meminta agar pengundi menjadi ikan nyang cerdik dengan memakan umpan (sebarang pemberian) yang diberikan namun memberikan undi kepada Pas. Apa yang nyata bekas Menteri Besar Terengganu ini telah terkeliru dengan fatwa yang dikeluarkan atau ia hanya dikeluarkan sekiranya ia dapat memberikan keuntungan kepada Pas.  Terdahulu ketika pilihanraya kecil Galas yang diadakan tidak berapa lama dahulu, Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan telah memberikan sejumlah wang kepada penduduk di Perkampungan Orang Asli Sandrop. Paling menarik perbuatan tersebut turut terakam melalui gambar yang menunjukkan secara jelas Menteri Besar Kelantan itu memberikan wang ringgit.  Persoalannya apakah pemberian itu juga boleh dikategorikan sebagai rasuah atau ia tidak dikira sebagai dosa kerana dilakukan oleh seorang tok guru yang diangkat sebagai ulama oleh pengikut Pas? Apakah hukum rasuah hanya terpakai kepada Umno/BN sahaja?
 
Seterusnya, ketika menyampaikan ceramahnya itu, Hadi turut dilihat menghina dan menyalahkan golongan nelayan dan penduduk di luar bandar kerana dikatakan sebagai punca utama pakatan pembangkang GAGAL membentuk kerajaan dalam pilihanraya umum yang lalu. Hadi mengatakan, melalui gerakan alam siber pihak pembangkang, ramai dikalangan pengundi khususnya di kawasan bandar telah memilih untuk menyokong pakatan. Ini kerana menurut Hadi, golongan tersebut terdedah dengan capaian internet sehingga membolehkan mereka mendapatkan maklumat yang terkini.  Namun begitu, disebabkan golongan luar bandar seperti nelayan dan peneroka kelapa sawit dikatakan tidak celik IT, maka mereka masih lagi terpengaruh dengan laporan yang dikeluarkan oleh sumber media massa.  "Kita sedar, orang kerana sibuk ke laut, sibuk dengan kerja, kita tidak baca internet, tak baca media baru.  Sebab itu kita tidak boleh buat perubahan. Kita berjaya dapat undi orang bandar tapi kalah di kawasan undi kampung. Sebab apa? Sebab dia sibuk ke laut, sibuk dengan kelapa sawit" katanya sambil di sambut dengan gelak ketawa oleh mereka yang hadir.
 
Kesimpulannya hanya kerana tidak memberikan undi kepada pakatan pembangkang, golongan nelayan, petani, peneroka dan sebagainya seperti tiada nilai di mata Presiden Pas itu.

No comments:

Post a Comment

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.