Friday, December 13, 2013

Rasuah – Memberi, Menerima atau Perantaranya?


Kenapa seseorang itu terlibat dengan rasuah – memberi, menerima atau menjadi perantaranya? Tidakkah semua orang tahu keburukan rasuah dan bencikannya?

Politik wang misalnya, dikecam oleh semua pihak. Seolah-olah semua pihak bencikannya, tetapi anehnya ia terus berlaku. Benar-benarkah yang mengecam dan membencinya telah berpatah arang dengannya? Berani kita katakan bahawa mereka yang mengecam rasuah kekadang turut sama melakukannya.Tapi kenapa mereka melakukannya? Miskin? Ingin ditegaskan miskin bukan sebab utama orang melakukan rasuah. Tidak percaya?

Lihat orang kaya pun terlibat dengan rasuah. Pangkat rendah? Sekali lagi kita terkejut, perasuah kerapkali bukan dari kalangan mereka yang berpangkat rendah. Orang yang berpangkat tinggi, yang berkuasa pun melakukan rasuah. Terdesak? Tidak juga, kerana ada orang yang tidak terdesakpun tergamak melakukan rasuah.Sewaktu menghadiri satu seminar mengenai Integriti dalam Pengurusan tidak lama dahulu, seorang pembentang kertas kerja menegaskan bahawa rasuah disebabkan oleh NGO – ‘need’, ‘greedy’ dan ‘oputournity’.

Rasuah berpunca daripada sifat tamak. Akibat tamak, seseorang lebih mementingkan diri berbanding orang lain. Asal aku senang, orang lain sudah tidak peduli. Tamak tidak mengira seseorang itu kaya atau miskin, pemimpin atau pengikut, pandai atau jahil. Bila ada sahaja sifat tamak, maka seseorang berpotensi untuk melakukan rasuah. Kenapa pula seseorang itu tamak? Dalam Islam, tamak adalah antara sifat mazmumah (buruk). Menurut Islam lagi, sifat mazmumah berpunca dari iman yang lemah. Tegasnya, manusia yang melakukan rasuah ialah manusia yang lemah iman atau langsung tidak beriman. Iman itu pula apa?

Secara mudah kita katakan, iman itu adalah keyakinan terhadap Allah dan Hari Akhirat. Keyakinan bukan sesuatu yang bertapak pada akal sahaja, tetapi mesti bertunjang di hati. Jika hanya akal yang mengetahui tetapi hati tidak merasai, maka iman itu lemah. Iman yang lemah ini terdedah kepada sifat mazmumah. Orang yang lemah iman, hanya mampu untuk tidak melakukan kejahatan di hadapan manusia, atau ketika diawasi oleh undang-undang tetapi bila bersendirian atau undang-undang tidak dikuatkuasakan, ia akan melakukan kejahatan sewenang-wenangnya.

Sebaliknya, orang yang beriman – percaya kepada Allah dan hari pembalasan, akan meninggalkan rasuah dalam keadaan apa jua sekalipun. Cukup bagi mereka amaran daripada Rasulullah ini, hadis dari Thauban katanya: “Rasulullah s.a.w. melaknati pemberi rasuah, penerima rasuah dan perantaranya,” (HR Ahmad & Hakim).Bila Rasulullah saw, kekasih Allah itu telah melaknati kita maka mana upaya lagi untuk kita mendapat keberkatan dan ketenangan dalam hidup? Pada waktu itu, wang, harta, kuasa yang sebanyak manapun tidak berguna lagi. Cuba lihat betapa ramai orang yang kaya, tetapi hidupnya resah – rezekinya telah cukup tetapi masih tidak cukup-cukup (kaya harta, miskin jiwa). Inilah impak laknat yang maknawi sifatnya tetapi sangat menghancurkan kehidupan – ‘neraka’ dunia, sebelum neraka akhirat!

source: msdgpms

No comments:

Post a Comment

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.