Saturday, January 22, 2011

BN Lawan Pas Di Tenang, Lebih 10,000 Penyokong BN Iringi Calon





Lebih 10,000 penyokong Barisan Nasional (BN) hari ini membanjiri pusat penamaan calon di Pejabat Daerah Labis bagi memberi sokongan kepada calon BN, Mohd Azahar Ibrahim.

Tamat tempoh pencalonan bagi Pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada 30 Jan ini menyaksikan pertanding satu lawan satu antara BN dan Pas.

BN diwakili bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Batu Pahat Mohd Azahar Ibrahim, 39, manakala calon Pas Ketua Muslimat parti itu di Labis Normala Sudirman, 38.

Selepas tamat tempoh bantahan di akhir proses penamaan calon di Pejabat Majlis Daerah Labis di sini hari ini, Pegawai Pengurus Pilihan Raya Md Asri Amir mengumumkan nama kedua-dua calon itu pada 11.20 pagi.

Pengumuman itu disambut dengan sorakan bergemuruh oleh penyokong kedua-dua parti.

Mohd Azahar, merupakan calon pertama menyerahkan borang pencalonannya pada pukul 9.02 pagi dan Normala, menyerahkan borang pencalonan beliau pada 9.10 pagi.

Proses penamaan calon itu berjalan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini, walaupun parti-parti politik yang bertanding itu membawa bersama ribuan penyokong

Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Sulaiman Taha pada 17 Dis lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.

Sulaiman menewaskan calon Pas, Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi pada pilihan raya umum 2008.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 30 Jan ini sebagai tarikh pengundian.

Pilihan raya kecil DUN Tenang merupakan yang ke-14 berlangsung di seluruh negara selepas pilihan raya umum 2008, tetapi yang pertama di Johor.

No comments:

Post a Comment

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.