Monday, January 24, 2011

Saya Anak Tempatan, Janji Beri Khidmat Terbaik – Azhar


Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Mohd Azahar Ibrahim meminta pengundi kawasan tersebut memberinya peluang untuk berkhidmat kepada mereka.

Beliau yang diumumkan sebagai calon BN hari ini oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berjanji untuk berkhidmat sebaik mungkin kepada pengundi DUN Tenang tanpa mengira latar belakang kaum dan agama mereka.

“Berilah peluang kepada saya untuk berkhidmat kepada penduduk. Saya akan memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua tanpa mengira latar belakang dan kepercayaan,” katanya pada majlis pengumuman calon BN di pejabat Umno Bahagian Labis di sini, hari ini.

Bapa kepada tiga orang anak itu berkata, beliau akan berusaha untuk memenangi pilihan raya kecil itu dengan sokongan padu rakyat pelbagai kaum di DUN Tenang.

Azhar yang dilahirkan di Labis itu berkahwin dengan Tuty Roshizana Tumin, seorang surirumah merupakan pemegang Diploma Pentadbiran Awam, Institut Teknologi Mara (ITM) pada 1993.

Beliau juga merupakan pemegang ijazah Sarjana Politik (Kepujian) daripada Porthmouth.

Mohd Azahar berkata jika dipilih sebagai wakil rakyat DUN Tenang beliau akan turun padang meninjau keperluan rakyat bagi memastikan pembangunan yang pesat bagi kawasan itu.

Pengalamannya bertugas dengan Jabatan Perkhidmatan Awam Johor memberikan pengetahuan meluas di dalam selok-belok tentang soal pembangunan masyarakat di sesuatu tempat.

Sejak 2006, beliau bertugas sebagai penolong pentadbir tanah Daerah Kecil Rengit, Batu Pahat dan sebelum itu sebagai penolong pentadbir tanah Segamat dan penolong pentadbir tanah Kluang.

Beliau telah meletakkan jawatan sebagai anggota kakitangan Perkhidmatan Awam Johor.

“Pengalaman bertugas sebagai pegawai penolong pentadbir tanah di beberapa daerah memberikan saya pengetahuan luas tentang keperluan rakyat di dalam soal pembangunan,” katanya.

Pada 2004 hingga 2008, Azahar merupakan bendahari Pemuda Umno bahagian Labis dan bagi tempoh yang sama juga menjawat jawatan ketua Umno Cawangan Kampung Paya Merah, Labis.

Selain itu, beliau turut bergerak aktif di dalam pertubuhan kebajikan di DUN Tenang dan Rengit.

Pilihan raya kecil DUN Tenang itu akan diadakan pada 30 Jan berikutan kematian penyandang kerusinya, Datuk Sulaiman Taha pada 17 Dis tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.

Proses penamaan calon akan diadakan pada 22 Jan.

Pada pilihan raya umum 2008, Sulaiman menewaskan calon PAS Mohd Saim Siran dengan kelebihan 2,492 undi.

Tenang mempunyai 14,753 pengundi berdaftar terdiri 7,014 Melayu, 5,766 Cina, 1,780 India dan selebihnya kaum lain.


No comments:

Post a Comment

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.