Saturday, January 29, 2011

Pilihanraya Kecil DUN Merlimau 6 Mac, Penamaan Calon 26 Feb

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau ialah pada 26 Feb depan dan jika ada pertandingan, pengundian diadakan pada 6 Mac.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Melaka pada 21 Jan lepas berhubung kekosongan kerusi DUN Merlimau berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan pada hari sebelumnya (20 Jan).

“Berikutan dengannya, SPR telah mengadakan mesyuarat khas mengenainya pada malam ini dan menetapkan bahawa satu pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan yang diputuskan oleh SPR bagi mengisi kekosongan kerusi berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini malam tadi.

Mohamad Hidhir, 54, meninggal dunia pada 19 Jan lepas akibat serangan jantung. Pada pilihan raya umum 2008, beliau menewaskan calon Pas, Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.

Daftar Pemilih yang akan digunakan untuk pilihan raya kecil ini ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 bagi bahagian pilihan raya berkenaan yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2010, Suku Tahun Kedua 2010 dan Suku Tahun Ketiga 2010 (bagi bahagian pilihan raya berkenaan) yang telah dikemas kini sehingga 20 Januari 2011.

Daftar Pemilih tersebut mengandungi 10,679 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 10,643 pemilih biasa dan 36 pemilih pos.

Abdul Aziz berkata bagi menjalankan pilihan raya kecil DUN Merlimau, SPR akan menggunakan Dewan Platinum Politeknik Merlimau, Melaka sebagai Pusat Penamaan Calon dan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi.

“Sebanyak tujuh buah sekolah akan digunakan sebagai Pusat Mengundi yang mengandungi kesemuanya 21 Saluran Tempat Mengundi. Seramai 248 orang petugas pilihan raya akan dilantik untuk pengendalian proses pilihan raya ini dan dianggarkan memerlukan belanjawan sebanyak RM830,000,” katanya.

Abdul Aziz berkata, SPR yang bermesyuarat pada hari ini juga telah bersetuju untuk melantik seorang Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan tiga orang Penolong Pegawai Pengurus bagi menjalankan pilihan raya kecil berkenaan.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya yang dilantik ialah Roslan Eusoff yang juga Pegawai Daerah Jasin.

“Bagi memastikan proses pelaksanaan pilihan raya kecil ini berjalan lancar, semua pihak diminta mematuhi arahan pihak polis yang bertanggungjawab dalam menjaga ketenteraman awam dan keselamatan urusan pilihan raya.

“Parti-parti politik, calon-calon, petugas-petugas dan para penyokong parti serta mana-mana individu lain yang akan terlibat semasa berkempen hendaklah mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan pilihan raya serta tatasusila berkempen yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata daftar Pemilih Pilihan Raya bagi bahagian pilihan raya berkenaan akan mula dijual pada 11 Februari 2011.

Para pengundi dalam bahagian pilihan raya berkenaan juga boleh membuat semakan Daftar Pemilih untuk mengetahui maklumat pusat mengundi dan saluran mengundi mereka melalui Laman Web SPR (www.spr.gov.my) dan melalui SMS dengan menaip SPR jarak; SEMAK; jarak ; NO KAD PENGENALAN dan hantar kepada 15888 mulai 11 Februari 2011.

Selain itu, para pengundi juga boleh menelefon Ibu Pejabat SPR di Putrajaya di talian 03-8885 6500 dan Pejabat Pilihan Raya Negeri Melaka di talian 06-2824124.

No comments :

Post a Comment

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.