Friday, May 23, 2014

Gadis Yang Hilang Ditemui Semula. @pembelabn

 http://aktivismediaperdana.blogspot.com/2014/05/terkini-orang-hilang-di-melaka-pembelabn.html
Seorang gadis yang dilaporkan meninggalkan rumah dipercayai mengikut seorang lelaki dari Sabah berjaya ditemui dengan bantuan pihak polis.

Gadis terbabit, Nur Ain Kamaruddin, 19, dari Rumah Pangsa Sri Siantan, Bukit Baru, ditemui dalam keadaan selamat dan kini berada di bawah jagaan keluarga kepada lelaki terbabit di Sabah.

Menurut Pengarah Pusat Perkhidmatan Masyarakat Barisan Nasional (Pembela BN) Negeri Melaka, Amir Hamzah Aziz, pihaknya dimaklumkan oleh polis, gadis berkenaan ditemui pada 19 Mei lalu, iaitu kurang 24 jam selepas berita mengenai kehilangannya disiarkan di media tempatan.

"Saya pun sudah dapat menghubunginya dan bercakap dengannya. Nur Ain berada dalam keadaan sihat dan selamat. Dia kini berada di sebuah daerah di Sabah.

"Usaha untuk membawa dia pulang ke Melaka akan diuruskan oleh Pembela BN dalam tempoh terdekat ini dan saya ingin tegaskan isu ini tiada kaitan dengan sebarang unsur jenayah mahupun culik," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Bangunan Kota Cemerlang di sini, semalam.

Amir Hamzah berkata, sebaik isu mengenai kehilangannya tersiar di akhbar, ibunya, Latifah Abd Rahman, 55, ada merujuk masalah anaknya itu di Pejabat Pembela BN.

"Hari ini kita bersyukur dengan bantuan pelbagai pihak terutama polis, akhirnya Nur Ain berjaya ditemui," katanya.

No comments:

Post a Comment

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.