Friday, August 27, 2010

Majlis Pelancaran Pusat Sehenti & Pengoperasian GABEM (PSG)

26 Ogos 2010 PWTC, Kuala Lumpur

Majlis Pelancaran Pusat Sehenti & Pengoperasian GABEM (PSG)

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir
percaya Malaysia kini telah bersedia untuk mencapai pertumbuhan Keluaran Dalam
Negara Kasar (KDNK) sebanyak 6 peratus tahun ini.

Beliau berkata, yang sasaran itu mudah dicapai walaupun jika ekonomi mencatatkan pertumbuhan purata 2.5 peratus pada separuh kedua selepas ekonomi berkembang pada purata 9.5 peratus pada separuh pertama meskipun dengan krisis ekonomi global.

"Kita berpotensi untuk mencapai matlamat itu dan 2.5 peratus bukanlah satu masalah besar," kata beliau kepada pemberita selepas pelancaran Pusat Sehenti Gabem (Gagasan Badan Ekonomi Melayu) di sini, semalam.

Malaysia telah mencatatkan pertumbuhan suku kedua yang kukuh iaitu 8.9 peratus berbanding 10.1 peratus dapam suku pertama, dirangsang oleh pengembangan mapan permintaan domestik dan pertumbuhan menggalakkan permintaan luaran.

"Kita tidak terperanjat kerana kita tahu syarikat-syarikat automotif tempatan kita mempunyai keupayaan dan kapasiti," kata beliau ketika ditanya mengenai kerjasama antara DRB-HICOM Bhd dan Volkswagen untuk menghasilkan kenderaan Volkswagen di Malaysia.

Beliau berkata yang industri automotif boleh menarik lebih banyak pelaburan di masa hadapan kerana pelabur telahpun mendapat hala tuju yang lebih jelas selepas semakan semula Dasar Automotif Negara (NAP) diumumkan tahun lepas.

:"Sebanyak 18 dasar dan langkah baharu diperkenalkan di bawah semakan semula NAP yang meliputi pelesenan, duti, insentif, teknologi dan persekitaran, keselamatan dan standard dan permit import," katanya.

Mengenai Pusat Sehenti Gabem, Mukhriz berkata pusat itu akan mengumpulkan kementerian dan agensi kerajaan bagi memberi bantuan kepada usahawan bumiputera selepas pemansuhan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia.

:Pusat ini disertai kementerian dan agensi kerajaan seperti Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Kewangan, Unit Perancang Ekonomi, Tekun Nasional, Perbadanan Usahawan Nasional Bhd, Bank Negara Malaysia, SME Bank, Bank Rakyat, Mara, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan Credit Guarantee Corporation (CGC).

No comments :

Post a Comment

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.