Bak kata pepatah ‘kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa’. Ekoran mulut lancangnya menghina ‘Institusi Diraja Perak’ Pengerusi DAP, Karpal Singah bakal berdepan hukuman dengan denda dan penjara.
Ia ekoran dari keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati dia bersalah kerana mengeluarkan perkataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak berhubung pengguguran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak pada 2009. Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun dan denda RM5,000 atau kedua-duanya. Mahkamah kemudiannya menetapkan 11 Mac sebagai tarikh baharu untuk mitigasi dan menjatuhkan hukuman terhadapnya.
Sebelum ini, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Karpal Singh daripada pertuduhan itu pada 11 Jun 2010, bagaimanapun, Mahkamah Rayuan pada 20 Januari 2012 memerintahkan peguam berkenaan membela diri selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan. Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Ahmad Maarop yang bersidang bersama Datuk Clement Allan Skinner dan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali sebulat suara memutuskan demikian selepas berpuas hati bahawa pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya. Alasan lain ialah Mahkamah Rayuan berpendapat bahawa perkataan-perkataan yang diucapkan oleh peguam tersebut mempunyai kecenderungan menghasut dan menimbulkan perasaan tidak puas hati dan kebencian rakyat terhadap Sultan Perak.
Hal demikian disebabkan perkataan-perkataan itu cenderung untuk merendah-rendahkan Sultan Perak dengan mempertikaikan kuasa prerogratif (hak istimewa) baginda yang termaktub di bawah perlembagaan. Sekiranya keputusan tersebut kekal, ahli parlimen Bukit Gelugor itu akan hilang kelayakan sebagai wakil rakyat selari dengan peruntukan yang termaktub di dalam perlembagaan negara. Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan secara jelasnya menyatakan seseorang ahli Parlimen hilang kelayakannya jika disabitkan kesalahan dan dihukum penjara setahun atau didenda RM2,000 atau lebih serta tidak mendapat pengampunan.
Sekiranya hukuman tersebut kekal, Karpal bukan sahaja terpaksa mengosongkan kerusi parlimen Bukit Gelugor yang dimenanginya malah dia juga bakal kehilangan jawatan parti sebagai Pengerusi DAP Pusat. Ini kerana perlembagaan parti itu turut menetapkan mana-mana ahli parti yang didapati bersalah terhadap sebarang pertuduhan jenayah, mereka tidak dibenarkan untuk memegang, menawar diri atau bertanding dalam apa-apa jawatan.
Malah perkara itu turut diakui oleh Karpal yang merujuk situasi sama yang dihadapi Setiausaha Agung parti, Lim Guan Eng, yang didapati bersalah bagi pertuduhan sama pada 1998, dan dijatuhi hukuman penjara 18 bulan. Guan Eng hanya kembali aktif berpolitik pada 2004. Pimpinan pakatan rakyat sebelum ini pernah meminta kerajaan Barisan Nasional agar membatalkan semua pertuduhan yang melibatkan wakil-wakil rakyat dari pembangkang kononnya bagi menghormati proses perdamaian nasional.
Tuesday, February 25, 2014
Mulut Lancang : Karpal Singh Bakal Habiskan Sisa Hidup Di Dalam Penjara!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Advertised
Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.
No comments:
Post a Comment