Friday, May 9, 2014

Tarikh Perhimpunan Agung UMNO 2014 Dipinda 25 – 29 November


Tarikh Perhimpunan Agung UMNO yang dijadualkan penghujung Oktober telah dipinda kepada tarikh 25 hingga 29 November depan.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memaklumkan bahawa perhimpunan tersebut akan bermula sebagaimana biasa iaitu Taklimat Presiden pada 25 November yang kemudiannya akan diikuti oleh perasmian Perhimpunan Agung pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada sebelah malamnya.

Seterusnya Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO akan berlangsung pada keesokan harinya iaitu 26 November dan diikuti dengan persidangan perhimpunan Agung UMNO 2014 bermula pada 27 November.

Bagi Perhimpunan Agung UMNO, perwakilan yang layak hadir selaras dengan Fasal 8.4 Perlembagaan UMNO adalah seperti berikut :

1. Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap.

2. Ahli-ahli Majlis Tertinggi.

3. Wakil yang dipilih oleh Perwakilan Tahunan Bahagian sebanyak seorang wakil bagi tiap-tiap lima ratus (500) orang ahli dengan syarat bilangan wakil-wakil itu tidak lebih dari tujuh (7) orang dari satu Bahagian termasuk Bahagian yang Jawatankuasanya sedang digantung jika Bahagian itu boleh mengadakan Mesyuarat Perwakilan Bahagian dengan sempurna.

4. Ketua, Timbalan Ketua, Naib Ketua, Ketua Pergerakan Wanita, Ketua Pergerakan Pemuda dan Ketua Pergerakan Puteri dan Setiausaha Bahagian yang telah mengadakan Mesyuarat Perwakilan Bahagiannya. Mereka ini yang menjadi Ahli Majlis Tertinggi berhak melantik gantinya yang terdiri daripada Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap atau Ahli Jawatankuasa Bahagian.

5. Tidak lebih daripada sepuluh (10) orang wakil Pergerakan Wanita, sepuluh (10) orang wakil Pergerakan Pemuda dan sepuluh (10) orang wakil Pergerakan Puteri yang dipilih oleh Perhimpunan Agung Pergerakan masing-masing.

Manakala bagi Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita/Pemuda/Puteri selaras Fasal 9.2 Peraturan Pergerakan, Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita/Pemuda/Puteri hendaklah terdiri daripada :

1. Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap jika mereka adalah Ketua Pergerakan Bahagian, mereka boleh melantik ganti ke Perhimpunan Agung Pergerakan masing-masing.

2 Jawatankuasa Pergerakan Wanita/Pemuda/Puteri UMNO Malaysia. – MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.