Thursday, March 8, 2012

Gembira dengan kunjungan PM


Bakar Ludin, 62, dan isterinya Norpipah Ahmad, 62, tidak mampu meluahkan dengan kata-kata bagi menggambarkan kegembiraan mereka apabila Perdana Menteri singgah ke rumah mereka di Jalan Kemuning, Kampung Pulau Sebang di sini untuk menukar pakaian.

Bagi mereka, tidak pernah terfikir rumah yang turut didiami bersama dua anak dan menantu serta seorang cucu akan mendapat kunjungan Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum beliau meneruskan jadual lawatan yang padat.

Menurut Bakar, pemimpin negara itu menggambarkan sifat yang merendah diri untuk bertemu rakyat meskipun pada asalnya, beliau sepatutnya menukar pakaian di sebuah resort tidak jauh dari rumah mereka.

"Saya tidak tahu nak cakap apa-apa, perasaan bercampur-campur kerana terlalu gembira dapat bersemuka dan di rumah saya pula. Saya akan kenang saat ini sampai akhir hayat.

"Sejak tiga hari lalu saya dan keluarga tidak senang duduk dibuatnya apabila diberitahu Perdana Menteri akan datang ke rumah. Perasaan gementar, gembira semuanya ada," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sebelum itu, Perdana Menteri diberi sambutan meriah ketika tiba di Masjid As Syahidin, Pulau Sebang untuk menunaikan solat Jumaat.

Ketibaan beliau bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam kira-kira pukul 1.35 petang itu disambut oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Othman Muhamad, beberapa Exco kerajaan negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek, Datuk Abdul Ghafaar Atan dan kira-kira 3,000 jemaah.

Najib kemudian menyertai lebih 3,000 jemaah menunaikan solat Jumaat yang diimamkan Pegawai Tadbir Agama Daerah Alor Gajah, Luqman Jamil Abidin.

Selepas solat, beliau bersama penduduk pelbagai kaum untuk makan tengah hari di bawah khemah terbuka yang disediakan sebelum berjalan kaki sejauh kira-kira 150 meter ke rumah Bakar. -utusanonline

No comments:

Post a Comment

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.