Thursday, March 22, 2012

TS Kadiaq 'umpama kacang lupakan kulit' - DAR

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyifatkan tindakan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir meletak jawatan sebagai anggota Umno "seumpama kacang lupakan kulit".


Beliau berkata bekas Menteri Penerangan itu tidak mengenang jasa terhadap parti yang disertainya selama ini sehingga memegang pelbagai jawatan termasuk Anggota Majlis Tertinggi Umno, Timbalan Menteri dan Menteri.

Bagiamanpun, katanya, tindakan itu tidak akan menggugat sokongan pengundi khususnya di Kulim-Bandar Baharu, Kedah terhadap Barisan Nasional (BN).

"Mungkin hilanglah satu dua undi, tetapi ramai lagi yang menyokong BN," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan watikah pelantikan anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Keselamatan Bersama (JKKB) negeri Melaka di sini.

Mengenai kenyataan Abdul Kadir yang mendakwa BN membeli undi untuk memenangi pilihan raya umum lepas, Mohd Ali yang juga Ketua Menteri Melaka berkata ia merupakan satu kenyataan yang menghina mereka yang mengundi beliau (Abdul Kadir) sebelum ini.

No comments:

Post a Comment

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.