Friday, April 20, 2012

BERDEMO JATUH & MENINGGAL DEPAN JPM




Allahyarham Mohd Nordin meninggal dunia dipercayai kerana serangan jantung yang dihadapinya ketika menyertai demo yang dipercayai didalangi oleh puak-puak pembangkang. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT dan diringankan dari seksaan kubur…Amin.

Namun, lebih menyedihkan lagi ialah mengenai dalang disebalik kematian Allahyarham tersebut iaitu ADUN Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani dari PAS yang tidak mengambil iktibar dan hikmah di sebalik kejadian tersebut.

Amat memalukan sekali apabila wakil rakyat PAS ini menyalahkan beberapa pihak atas kematian Allahyarham Mohd Nordin, khususnya pihak pengurusan Hospital Putrajaya, JPM dan kakitangan awam di Kompleks Kerajaan Pusat di Putrajaya.

Taufek menyalahkan Hospital Putrajaya kerana didakwa lewat tiba di lokasi mereka berdemo yang khabarnya hanya sejauh 4.3 km. Taufek juga menyalahkan JPM yang katanya tidak dilengkapi pasukan paramedik untuk tujuan kecemasan seperti yang berlaku terhadap Allahyarham.

Dan Taufek juga menyalahkan kakitangan awam di Putrajaya yang kononnya tidak diberi latihan menghadapi saat kecemasan dan tidak mampu menolong Allahyarham.

Tiga perkara yang dinyatakan Taufek dalam cubaannya mempolitikkan kematian Allahyarham Mohd Nordin itu. Dah tak ada kerja lain nak buat? Tidakkah Taufek sedar bahawa ajal maut itu ditangan Allah dan sudah ditetapkan sejak ruh setiap manusia itu berada di “lauhul mahfuz” lagi?

Beriman kepada Qada’ dan Qadar bererti bahawa seseorang itu mestilah yakin dan percaya bahawa segala yang berlaku di dalam alam ini, apa yang berlaku kepada dirinya, sama ada disukai atau tidak disukai, baik atau buruk, sengaja atau tidak sengaja, sedar atau lupa, dirancang atau tidak dirancang, sihat atau sakitnya, jaya atau gagalnya semuanya adalah Qada’ dan Qadar Allah Subhanahu Wataala yang telah ditetapkan olehnya.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“Tidak beriman seseorang dari kamu, sehingga dia beriman dan mengaku bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Rasulullah dan dia beriman dengan Hari Akhirat, dan dia beriman dengan Qadar Allah, sama ada baik atau buruk, manis atau pahit.”

No comments:

Post a Comment

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.