Saturday, April 7, 2012

Sidang Media Azizah-Shamsidar Hanya Propaganda

Merujuk kepada artikel yang disiarkan oleh laman pembangkang, Suara PR, Wan
Azizah dikhabarkan akan mengadakan sidang media bersama dengan Shamsidar
Taharin minggu depan bagi membersihkan nama masing-masing yang dikaitkan
dengan kisah cinta empat segi senget antara Anwar, Azizah, Azmin dan
Shamsidar.

Sebagai pemerhati politik, penulis sekadar ingin menasihat para penyokong
PR agar tidak terlalu menaruh harapan yang sidang media itu akan menjadi
kenyataan. Sudah terlalu banyak kali penyokong-penyokong PR dihampakan
dengan adegan-adegan 'stunt' tak jadi oleh pemimpin-pemimpin mereka.

Bermula dari saman terhadap Chandra Muzaffar dan kini Nallakarupan yang
difail tetapi tidak diserahkan, sehinggalah kepada keengganan menjelaskan
ke mana hilangnya jam Omega, mengacah konon ingin bersumpah dan penubuhan
kerajaan 16 September, maka penulis rasa cukup-cukuplah penyokong-penyokong
PR diperdaya.

Semua pemimpin-pemimpin atasan Pakatan Rakyat tahu bahawa Wan Azizah dan
Shamsidar sudah lama tidak bertegur sapa. Semua orang tahu, Wan Azizah
tidak akan menghadiri program di mana Shamsidar juga menghadirinya.
Sekiranya mereka terserempak, mereka akan bermasam muka. Ketegangan
antara mereka sudah tidak boleh disembunyikan lagi. Itu hakikat.

Wan Azizah juga tidak begitu 'ngam' dengan Azmin dan cukup menyampah
apabila pada suatu ketika dulu, Azmin gemar benar memakai baju yang sama
dengan Anwar, suaminya.

Maka, untuk seorang penulis di Laman Suara PR cuba menipu kita dengan kisah
dongeng keakraban kedua wanita ini menunjukkan betapa Pakatan Rakyat kini
bagaikan lemas dalam peluru yang bertali arus sama ada ditembak musuh atau
tertembak sendiri tanpa sengaja.

Jika benar Wan Azizah dan Shamsidar akan membuat sidang media bersama,
kenapakah berita ini tidak datang dari kedua-dua mereka sendiri dan
dilaporkan oleh media rasmi mereka? Kenapakah hanya Laman Suara PR yang
menghebahkannya?

Malah mereka juga berdiam diri apabila khabar kononnya Umi Hafilda
mempunyai bukti bergambar hubungan Anwar-Shamsidar dihebahkan oleh laman
yang sama.

Nampak sangat ini adalah usaha terdesak PR untuk menangkis peluru yang
dilontarkan Nallakarupan. Tentu sekali PR sedar, jika tiada langsung usaha
untuk menjawab persoalan mengenai hubungan intim Anwar-Shamsidar atau
hubungan dingin Azizah-Shamsidar maka rakyat akan melihat bahawa kisah
cinta 4 segi senget lagi songsang keluarga mereka adalah benar belaka.

Perkembangan ini meletakkan PR dalam keadaan serba tak kena. Jika
didiamkan maka penyokong akan mula meragui mereka, tetapi jika diberi
respon maka mereka mungkin akan terjerat diri sendiri.

Kerana itu, penulis yakin, sidang media Azizah-Shamsidar tidak akan
berlaku. Ia hanyalah propaganda politik sementara menunggu idea baru
untuk menangkis isu.

No comments:

Post a Comment

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.