Saturday, April 7, 2012

Tidak Sepakat, Politik Bermuka-muka Punca Saya Tinggalkan PKR – Ibrahim

Bekas Ketua Cabang PKR Indera Mahkota Pahang,  Ibrahim Sidek  mengakui bahawa ketidaksepakatan, kecelaruan dalam pentadbiran, sikap bermuka-muka di  antara parti-parti di dalam pakatan pembangkang dan matlamat perjuangan yang kabur merupakan punca utama beliau kembali ke pangkuan UMNO.Beliau yang keluar dari UMNO dan menyertai PKR pada tahun 1999, telah berpengalaman sendiri merasakan dan menyaksikan bagaimana kecelaruan dan caca merbanya pentadbiran PKR sepanjang beliau berkhidmat dengan parti tersebut."Setelah keluar UMNO, saya aktif bersama PKR sejak di awal penubuhan Cabang Indera Mahkota lagi. Malah saya juga terlibat dalam komiti penaja dalam usaha untuk menubuhkan PKR Cabang Indera Mahkota. Tidak lama selepas itu saya diamanahkan untuk memegang jawatan sebagai Ketua Cabang Indera Mahkota," jelasnya.Cerita beliau lagi, apabila YB Azan Ismail memenangi kerusi Parlimen Indera Mahkota pada pilihanraya 2008, dia kemudiannya menyerahkan jawatan
ketua cabang itu kepada YB Azan, dan beliau pula memegang jawatan timbalan ketua cabang. Tidak lama selepas itu, beliau sedikit demi sedikit menyaksikan kecelaruan dan ketidaksepakatan di dalam PKR dan juga antara parti-parti dalam pakatan pembangkang."Pada 2009 berlaku sedikit pergolakan di antara cabang dan badan perhubungan negeri PKR Pahang yang ketika itu diterajui oleh Datuk Fauzi.  Kemudian, perkara itu dibawa ke dalam satu mesyuarat  dan keputusannya, Datuk Seri Anwar telah menghantar YB Azan sebagai ketua perhubungan di  Terengganu. Maka dalam mesyuarat bersama Datuk Fauzi dan direstui oleh Datuk Seri Anwar, saya pula telah dilantik sebagai pemangku ketua cabang," jelasnya.Lama-kelamaan, keyakinannya terhadap perjuangan PKR semakin goyah apabila melihatkan pergolakan dalaman di Indera Mahkota tidak berubah. Begitu juga dengan strategi dan perencanaan politik mereka. Malah, kepimpinan dan ahli-ahli PKR sendiri  tidak padu dan sebulu
dengan parti-parti lain."Setiap kali apabila ada mesyuarat PKR, mereka mengutuk dan merendah-rendahkan parti-parti pakatan yang lain seperti Pas dan DAP. Begitu juga dengan Pas dan DAP. Mereka juga mengutuk dan merendah-rendahkan PKR dalam mesyuarat sesama mereka. Bahkan, Pas dan DAP juga tidak  memberikan kepercayaan yang sepenuhnya kepada PKR dalam setiap sudut. Begitu juga sebaliknya."Jadi apabila ada mesyuarat yang melibatkan ketiga-tiga parti, maka kita akan bermuka-muka sesama sendiri.  Bak kata pepatah, depan lain belakang lain. Apabila berhadapan, masing-masing bersandiwara."Ketika bermesyaurat, saya berasa pelik melihat galagat ahli-ahli dan pemimpin Pas apabila bekerjasama dengan DAP. Apakah mereka sudah lupa bahawa parti DAP inilah yang mencabar Pas untuk langkah mayat mereka dulu sebelum menubuhkan negara Islam?"Untuk mendapat kuasa dan sokongan rakyat, Pas  bergabung dengan parti yang secara terang-terangan telah menyatakan
pendirian anti Islam mereka. Apakah Pas sudah lupa atau sengaja buat-buat lupa?," soal Ibrahim seolah-olah hairan.Tambahnya, selepas pilihanraya kecil Kerdau,  pada 20 Mac 2010, beliau akhirnya mengisytiharkan keluar dari PKR dan kembali ke pangkuan UMNO, selepas 10 tahun menjadi ahli PKR."Ini bukan masalah soal-soal peribadi seperti cerita-cerita  tentang Datuk Seri Anwar, Azmin dan sebagainya. Cerita-cerita tentang kedua-dua tokoh PKR ini sebenarnya bukanlah hanya berlegar di kalangan ahli UMNO, tetapi turut diperkatakan dan  dibincang bual dengan luasnya di antara ahli-ahli PKR itu sendiri."Tetapi, apabial saya renung kembali hubungan dan kerjasama  pemimpin-pemimpin PKR, Pas dan DAP, realitinya tidak boleh bekerjasama sesama sendiri, bahkan sesetengahnya sesama ahli atau pemimpin parti sendiri.  Contohnya di cabang saya sendiri di Indera Mahkota, YB Azan sendiri tidak boleh bekerjasama dengan Pengerusi Perhubungan Negeri PKR  Pahang
sendiri iaitu Datuk Fauzi Rahman.""Dan satu lagi, apa yang saya lihat, apabila pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang ini turun padang, mereka banyak menabur janji-janji kosong pada masyarakat yang tidak tertunai sehingga menyebabkan pengundi terpaksa menuntut agar  mereka melaksanakan janji-janji tersebut. Kami yang jadi AJK pula yang terpaksa menjawab dengan masyarakat," tegasnya.Jelasnya lagi,  ketika masih bergerak aktif di dalam UMNO, perjuangan UMNO adalah tetap dan tidak berganjak untuk untuk membela orang-orang Melayu dan juga institusi Raja-Raja Melayu. Biarpun ada 14 buah parti komponen yang lain, namun atas dasar kesepakatan untuk membina sebuah negara,  mereka semua setuju bahawa Perdana Menteri Malaysia mestilah terdiri dari orang-orang Melayu dari UMNO dan institusi Raja-Raja mesti dipelihara."Manakala demokrasi berparlimen pula adalah jelas dan dipersetujui tertakluk kepada kuasa Raja-Raja Melayu. Jadi dengan persetujuan ini,
maka kita tidak nampak sebarang percanggahan atau kekecohan yang berlaku antara hubungan UMNO dan parti-parti komponen yang lain.""Tetapi  situasi ini sangat berbeza di dalam pakatan pembangkang. Di dalam pakatan pembangkang, tidak ada parti komponen sebaliknya pakatan pembangkang merupakan gabungan parti-parti tunggak. Jadi perebutan kuasa dan perbezaan pendapat seringkali berlaku. Kadang-kadang ia menimbulkan ketegangan dan ketidakpuasan hati antara pihak tertentu yang berlainan parti," beritahunya lagi.Berbangkit pada isu pilihanraya yang akan datang, beliau tidak menolak ada kemungkinan PKR akan dapat mempertahankan penguasaannya di Indera Mahkota dan mungkin di tempat-tempat lain, hanya sekiranya mereka meletakkan calon kegemaran penduduk di situ."Namun perlu dingatkan, bahawa pakatan pembangkang kini sudah ketandusan isu. Segala isu yang dibangkitkan pada tahun 2008 misalnya, telah ditangani secara bijaksana oleh BN yang dipimpin oleh
Datuk Seri Najib. Ini ditambah pula dengan pendekatan dan sikap Datuk Seri Najib yang kerap kali turun padang bertemu rakyat, dan menjawab kritikan-kritikan pembangkang dengan tenang juga merupakan salah satu faktor yang kuat untuk menarik hati rakyat kembali secara keseluruhannya kepada BN," tegasnya. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.