Tuesday, April 17, 2012

‘Mangsa’ ARE: Dari Mana Dapat Duit Untuk Ruang Iklan?

Sin Chew Daily baru-baru ini menyiarkan iklan di muka surat 8, dan Guong
Ming Daily di muka surat 9 dengan memaparkan seorang ibu, Lai Kwan mencium
anaknya 30 tahun, Cheah Kok Leong dengan kata-kata 'Saya belum mahu mati!'. Kok
Leong yang menderita kecacatan fizikal serta perkembangan mental terbantut
baru saja meninggal dunia 18 hari yang lalu. Mendiang telah dilahirkan di
Perak di mana ibunya pernah bekerja di kilang Asian Rare Earth (ARE) di
Bukit Merah.

Berikutan dengan itu, Jawatankuasa Selamatkan Malaysia memohon sumbangan
RM10 bagi membiayai kos undang-undang bagi menghentikan projek nadir bumi
oleh kilang Lynas yang dikatakan menyamai ARE. Semua sumbangan akan
dimasukkan ke Pertubuhan Solidariti Hijau Kuantan.

Persoalannya di sini, dari manakah datangnya dana untuk menempah ruang
iklan di akhbar utama bahasa Cina seperti Sin Chew dan Guong Ming yang
secara kasarnya akan memakan kos berjumlah RM100,000? Persoalan keduanya
ialah jika pihak berkenaan mampu menempah ruang untuk tujuan memburukkan
Lynas, tentulah mereka juga mampu membiayai kos untuk mengambil tindakan
undang-undang terhadap Lynas. Justeru, kenapa perlu dirayu sumbangan orang
ramai?

Jelas di sini bahawa tujuan laporan dan iklan tersebut ialah tidak lain
tidak bukan hanyalah untuk bermain politik dan meraih publisiti melalui
rayuan sumbangan semata-mata, kerana hakikatnya, wang bukanlah masalah
langsung bagi mereka.

Selain iklan di dalam akhbar, pihak yang membantah Lynas juga dilihat
mempunyai dana yang cukup banyak untuk menggerakkan demonstrasi, mengedar
T.Shirt, risalah, poster, banner dan sebagainya. Ini belum lagi diambil kos
logistik untuk siri-siri demonstrasi yang diadakan.

Mengimbas kembali kronologi kes kilang ARE di Bukit Merah, kita akan
mendapati bahawa ARE tidak boleh diambil sebagai contoh perbandingan dengan
Lynas kerana Lynas hanyalah sebuah kilang pemrosesan kimia biasa. Kilang
yang sama seperti Lynas telah lama beroperasi di China yang mendominasi
bekalan nadir bumi dunia sebanyak 97%, dan juga Australia, Amerika dan
beberapa negara lagi.

Selain itu, siasatan terhadap kilang ARE di Bukit Merah juga memperlihatkan
beberapa kecuaian atau lepas pandang dalam menangani sisa buangan toksik.
Bagaimanapun, sepanjang perbicaraan mahkamah antara tahun 1985 hingga 1992,
Lai Kwan atau pihak pendakwa gagal membuktikan secara saintifik bahawa
kecacatan yang menimpa anaknya, Kok Leong berpunca dari kilang ARE.

Lebih meragukan lagi ialah tiada orang lain selain Kok Leong yang didakwa
mengalami kecacatan akibat dari ARE.

Namun, itu bukan soalnya kerana kilang Lynas dan kilang ARE adalah berbeza
sama sekali. ARE menggunaka monazite sebagai bahan mentah sementara Lynas
tidak menggunakan monazite. Radioaktif yang dikeluarkan oleh Lynas adalah
60 kali kurang dari ARE dan 500 kali (0.002mSv setahun) kurang dari had
yang dibenarkan oleh AELB (1mSv setahun).

Kesemua bukti-bukti saintifik ini menunjukkan bahawa Lynas adalah selamat
dan sebaliknya kesemua tindakan yang diambil oleh pihak penentang Lynas
menunjukkan yang mereka mempunyai agenda tersembunyi.

Lynas adalah pemangkin ekonomi negara di masa depan, sekali gus bakal
pencabar terbesar negara China dari segi pengeluaran nadir bumi. Justeru,
menghalang operasi Lynas samalah dengan mengsabotaj ekonomi negara sendiri.

Kewujudan dana yang besar serta usaha yang berterusan serta
bersungguh-sungguh dari pihak penentang, terutamanya kaum Cina dengan
disokong dan didokong hebat oleh akhbar-akhbar Cina menambahkan syak
wasangka kita terhadap mereka

Walau apapun agenda mereka, tindakan parti-parti politik pembangkang yang
menangguk di air keruh dalam isu ini telah mengukuhkan lagi imej
pembangkang sebagai pengkhianat kepada negara sendiri.

No comments:

Post a Comment

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.