Monday, August 6, 2012

GRO separa bogel menyorok bawah meja!

Tindakan lima gadis dipercayai pelayan pelanggan (GRO) yang cuba menyorok di bawah meja untuk mengelak dikesan penguatkuasa tidak berhasil apabila ditahan dalam serbuan di sebuah kelab, malam kelmarin.

Cubaan mereka yang turut bersembunyi di sebalik sofa itu dapat dikesan anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Pejabat Imigresen negeri ketika menyerbu sebuah kelab yang terletak bertentangan dengan sebuah sekolah dekat Banda Hilir, kira-kira jam 11 malam.

Gadis-gadis terbabit berjaya dikesan walaupun menyorok di bawah meja yang sempit.

Lima pelayan itu antara 35 ditahan dalam pemeriksaan dilakukan ke atas 40 wanita berpakaian seksi, dipercayai turut memberikan khidmat seks untuk pelanggan.

Timbalan Pengarahnya, Mohammad Azlan Jawawi berkata, serbuan dalam Operasi Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (6P) itu disertai 18 anggota dan pegawai Imigresen bermula jam 11 malam hingga 2agi dalam dua serbuan berasingan. source: 
sinar harian 3 Ogos 2012

No comments:

Post a Comment

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.