SUARA Keadilan atau biasa disebut sebagai Suara Penipuan ini sekali lagi tanpa malu menayangkan kebebalan dalam menjalankan fungsinya sebagai lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dipimpin sepenuhnya oleh keluarga Anwar Ibrahim, anak beranak.
Mana tidaknya, dalam keluaran terbaru akhbar tersebut, Suara Keadilan memetik kenyataan Exco Selangor yang bertanggungjawab bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Ronnie Liu bahawa kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak pernah mengeluarkan waima satu lesen pun rumah urut dan pusat hiburan!!
Sebaliknya, kesemua lesen sedia ada kononnya dikeluarkan oleh kerajaan BN terdahulu.
Ramai di antara rakyat Selangor yang penulis temui ketawa tidak kering gusi dengan kenyataan terbaru ini. Tanpa berkata sepatah, mereka membawa penulis ke beberapa lokasi perniagaan yang dibangunkan sepanjang 4 tahun Pakatan Rakyat memerintah Selangor, iaitu di sekitar kawasan Seri Kembangan dan Puchong. Penulis berani kata baru kerana masih ada kerja-kerja pembinaan di beberapa tempat, malah banyak diantara kawasan tersebut baru sahaja diduduki peniaga beberapa bulan yang lepas.
Pada mulanya penulis menggunakan jari, tapi bila jumlah rumah urut, pusat refleksologi dan pusat hiburan yang ditunjukkan semakin bertambah dari lorong ke lorong, penulis terpaksa menggunakan kalkulator pula. Di penghujung 'tour' itu, penulis mengira, ada lebih dari 50 buah pusat urut, refleksologi dan hiburan yang dijumpai. Itu di 2 kawasan sahaja, belum seluruh negeri Selangor lagi.
Persoalan penulis, siapa yang keluarkan lesen untuk kesemua pusat-pusat maksiat ini?
Takkan kerajaan BN kot, sebab banyak dari lokasi perniagaan tersebut baru sahaja diduduki peniaga? Bagaimana BN boleh terlibat memberikan lesen-lesen operasi ini sekarang bila mana bukan mereka lagi yang berkuasa.
Kalau benarpun kerajaan BN yang keluarkan (walaupun tidak logik), kenapa PBT tidak menjalankan pemantauan serta menutup pusat-pusat maksiat ini? Adakah alasannya kerana kerajaan BN juga?
Itu yang berlesen, bagi yang tidak berlesen pula, masih lagi kerajaan negeri yang bertanggungjawab untuk melaksanakan tindakan penguatkuasaan. Masih lagi nak menyalahkan BN?
Jadi Ronnie Liu, usah temberang dan cuba memperbodohkan rakyat. Orang di Selangor tahu bahawa kenyataan Ronnie Liu itu tidak benar, malah kalau benar sekalipun (kalau), kerajaan Selangor masih boleh mengambil tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas.
Pendek kata, pusing macam mana pun, tetap kerajaan negeri sekarang yang perlu bertanggungjawab.
No comments:
Post a Comment