Acapkali kita lihat dan dengar buah butir pengakuan atau perbualan
dari ahli dan penyokong PAS yang mendabik dada menjulang parti itu
sebagai parti Islam, berjiwa Islam dan pejuang Islam yang tujuan serta
asas juangnya adalah demi agama Islam.
Sesetengahnya yang terlebih taksub pula beriktikad dan percaya
sepenuhnya yang parti PAS itu adalah Islam dan Islam itu pula adalah
PAS, dua perkara yang sebenarnya berbeza tetapi dianggap sama saja.
Beza antara parti politik dengan agama langsung tak tefikir oleh akal
mereka kerana terpesong fahaman bila mana menyalahtafsir kenyataan
yang menyebut "politik itu sebahagian dari agama".
Tanpa fikir panjang dek kerana akal hanya sejengkal maka yang
difahaminya ialah PAS itulah sebahagian dari agama ataupun sudah
dianggap PAS itu setaraf dengan agama Islam.
Bagi kita yang waras dan celik akal fikiran, kita melihat sikap taksub
penyokong PAS terhadap parti yang mereka dukung itu sebagai satu
kecelaruan fikiran gara-gara waktu tahun-tahun sebelumnya mereka
terlampau jahil murakkab.
Bila tiba seru mahu mencari semula arah hidup tersalah langkah terus
terjerumus pula dengan ajaran songsang yang meletakkan PAS sebagai
sebahagian dari Islam ataupun sebagai parti yang memperjuangkan Islam.
Yang sebenar-benarnya, PAS hanyalah sebuah parti politik sama sahaja
seperti organisasi lain yang membezakan PAS kelihatan Islamik secara
luaran atau kulitnya ialah serban, jubah, kopiah dan penggunaan label
Islam dalam partinya, itu sahaja.
Malah kewujudan PAS itu sendiri hasil restu penjajah British yang
melihatnya sebagai peluang yang boleh dimanipulasi untuk merencatkan
kebangkitan UMNO dikala saat itu sokongan majoriti umat Islam solid
bersatu bersama UMNO dalam mendukung perjuangan menuntut kemerdekaan
dari British.
Dalam keadaan British tidak mampu menolak kewujudan UMNO untuk
bergerak secara sah disebabkan tekanan gelombang yang kuat dari
segenap akar umbi orang Melayu Islam, bila sahaja datangnya serpihan
dalaman yang mahu melawan UMNO lantas kesempatan itu dimanfaatkan oleh
British maka luluslah penubuhan PAS pada 16 September 1951 dengan
nombor pendaftaran 733.
Susur galur wujudnya PAS pula bermula dari fungsinya sebagai badan
atau sayap di dalam UMNO yang diketuai oleh Tuan Haji Ahmad Fuad
Hassan, apabila wujud kekosongan yang memerlukan pertandingan bagi
memilih Yang Dipertua baru UMNO, Ahmad Fuad turut beradu nasib dan
tewas di tangan Tunku Abdul Rahman.
Dendam kerana tewas dan malu air mukanya membawa kepada kata sepakat
keluar dari UMNO seterusnya sejak diluluskan oleh British sebagai
pencabar UMNO, bermulalah adegan dan dusta berselindung label dan
kalimah agama untuk memenangi hati umat Islam yang selama ini berpaut
kasih dengan UMNO.
Perjuangan UMNO bersama rakan Perikatan diperlekahkan, dasar menuntut
kemerdekaan dipandang sebelah mata oleh pimpinan PAS tika itu
hinggakan tergamak mereka menghina cita-cita murni itu dengan ungkapan
kata-kata "jarum sebatang pun tak mampu dibuat, mana mungkin layak
untuk merdeka?".
Penghinaan tersebut datangnya dari mulut pemimpin PAS yang rendah akal
budinya dan cetek pemikirannya dek kerana yakin British begitu hebat
di mata mereka dan jika pun perlu untuk Tanah Melayu merdeka tika itu
satu-satunya cara bagi mereka ialah dengan bergabung bersama Indonesia
membentuk Indonesia Raya.
Tapi mujurlah apabila pilihanraya umum pertama 1955 dilangsungkan, PAS
hanya mampu menang di satu kerusi sahaja daripada keseluruhan 52
kerusi yang dipertandingkan, jika tidak sama ada sekarang kita masih
dijajah oleh British ataupun mungkin sudah menjadi salah satu wilayah
Indonesia.
Di awal-awal kewujudan PAS, pemimpinnya melihat Perikatan yang tika
itu merupakan gabungan UMNO-MCA-MIC adalah satu kerjasama yang
merugikan orang Melayu, lantaran itu beberapa tahun selepas negara
merdeka PAS cukup aktif menggembar gemburkan dokrin dikalangan para
ulama dan tok guru bahawasanya "jika redha dengan orang kafir yang ada
dalam perikatan, maka jadi kufur dan kafirlah seseorang itu".
Tidak sedikit ulama dan tok guru pondok yang tertipu dengan mainan
ayat suci Al-Quran dan hadis yang ditakwilkan bagi menghalalkan
tuduhan PAS itu sehingga umat berpecah belah, kaum kerabat keluarga
terdekat putus ikatan dan kariah masjid bercakaran serta kenduri
kendara dipulau.
Namun berpuluh tahun kemudiannya hakikat kebenaran membuktikan
gabungan perikatan yang kini dikenali Barisan Nasional (BN) akhirnya
menjadi rujukan PAS untuk bersama Pakatan pembangkang yang dikenali
sebagai Pakatan Rakyat (PR) selepas mereka menyedari tanpa kerjasama
sedemikian jauh panggang dari api untuk PAS menikmati kuasa tampuk
pemerintahan.
Tapi malangnya, tatkala dalam gabungan BN, UMNO kekal sejak dulu
sebagai peneraju mengetuai barisan dalam mencorak masa depan negara
secara muafakat, PAS pula di dalam PR hingga kini kekal sebagai balaci
dan juak murahan yang hanya mampu mengekor dari belakang sambil angguk
dan geleng mengikut arahan abang besarnya, DAP si kafir harbi.
Sudahlah jauh tertinggal di belakang dalam soal peri penting
bermuafakat bersama kaum dan agama lain, bila di beri peluang
memperbetulkan langkah yang songsang terjerumus pula sebagai keldai
dan kuda tunggangan sepanjang zaman hinggakan dasar dan prinsip
memperjuangkan negara Islam dan Hudud sebagai undang-undang pun gagal
dipertahankan.
Sekarang, setelah ramai menyedari betapa baghal, bebal dan keldainya
PAS sejak dulu kala hingga kini, saban hari para ulama, agamawan dan
tok guru-tok guru pondok mula berubah arah berpaling dari mendengar
dusta PAS sebaliknya semakin mendekat diri bersama jamaah UMNO yang
bukan sahaja disokong oleh majoriti umat malah terbukti berjaya
menyatu padukan rakyat.
Tidaklah menjadi kejutan sekiranya beberapa detik sebelum PRU 13
secara rasmi membuka tirainya, PAS akan tiba-tiba tampil bermuka-muka
menonjolkan kembali dirinya lebih Melayu dan Islamik dari UMNO selepas
bertahun-tahun sejak bersama PR, PAS lebih selesa kelihatan liberal
dan terbuka atas bawah sampaikan tergadai maruah.
Bezanya antara PAS dengan UMNO, walau kedua-duanya dikuasai oleh orang
Islam, PAS terlampau kemaruk mengejar kuasa hingga agama dan maruah
bangsa digadai dan gagal dipertahankan tatkala bersemuka dengan
kekuatan si kafir harbi DAP dalam pakatan pembangkang.
UMNO pula walau tidak mempergunakan label dan istilah Islam dalam
perjuangannya, tetap utuh memanfaatkan kuasa mendaulatkan Islam secara
bijaksana dan tidak pula menindas atau terikut dengan arahan si kafir
zimmi yang menjadi rakan kerjasama dalam BN.
Saat tikanya UMNO sesekali tergelintir dari landasan, tidak pula
pimpinan UMNO lokek untuk muhasabah diri dan memperbetulkan kembali
arah tuju perjuangan.
Jauh berbeza dengan PAS, sudahlah bebalan sepanjang zaman, tetap juga
bodoh dan bangang enggan mengaku salah silap sendiri seolah-olah tujuh
petala langit dan bumi mahu diarah mengikut perwatakannya yang sering
khilaf dan terpesong dari arah tuju perjuangan.
Apa sahaja tingkah laku PAS sejak ia diperanakkan dari perut UMNO
hinggalah derhaka menentang perjuangan UMNO diikuti hingga kini terus
taksub dengan pegangan anti UMNO tapi mesra pada kafir harbi dan
semakin meliberalkan Islam, segalanya itu menunjukkan PAS hanyalah
sebuah parti politik sahaja yang serba tidak sempurna tapi bebal untuk
mengakui kelemahan dek kerana perasan dengan label "Islam" yang ada
pada nama partinya.
No comments:
Post a Comment