Tuesday, August 14, 2012

Senarai Risda dalam Bursa Malaysia: Kajian awal sudah dilakukan


 
Kajian awal sudah dilakukan 

13 Ogos 2012

Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah Malaysia (Risda) kini sedang meneliti laporan kajian awal yang disediakan pihaknya untuk terus mengintai peluang memasuki senarai Bursa Malaysia.

Pengerusinya, Tan Sri Rahim Thamby Chik berkata, laporan diterimanya itu setakat ini menunjukkan perkembangan positif, namun masih memerlukan lebih banyak perincian sebelum .
"Laporan kajian Skim Amanah Risda setakat ini menunjukkan perkembangan positif dan sedang diteliti lebih mendalam oleh pihak pengurusan dari segi teknikal.
"Jika ia mempunyai daya maju untuk dilaksanakan, kita akan hantar memorandum kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah demi kepentingan kira-kira 350,000 ahli Risda," katanya selepas majlis penyerahan sumbangan Aidilfitri kepada 250 fakir miskin yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan (Adun) Tanjung Bidara, Datuk Ab. Karim  Sulaiman di Pengkalan Balak, dekat sini, semalam.
Menurut Rahim, pihaknya berharap skim itu berada pada tahap fleksibel dan stabil demi kepentingan pekebun kecil di negara ini.
"Ia adalah perkara baik diadakan dan dengan adanya skim seperti ini maka Risda dapat perbesarkan lagi pelaburan sedia ada. Kajian bagaimanapun masih dijalankan dan kita tidak perlu tergesa-gesa untuk melaksanakannya," katanya.
Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, beliau berkata, pihaknya turut menjalankan kajian mengenai penyusunan semula Koperasi Risda sedia ada di seluruh negara.
"Kita mempunyai 68 koperasi sedia ada tetapi sebahagian daripadanya didapati mempunyai banyak kelemahan terutama membabitkan faktor pengurusan.
"Justeru, satu perbincangan dijalankan dan pengurusan sedang menterjemahkan langkah pelaksanaan mengenai perkara terbabit," katanya.
source: sinar harian



No comments:

Post a Comment

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.