Semalam MyNewshub ada berkongsi berita serta gambar kemesraan antara Abby dan Memey. Nampaknya, berita sebegitu lebih digemari para pembaca MyNewsHub berbanding berita berkenaan perjuang politik Abby apabila kami menerima lebih puluhan ribu 'hits' dan banyak komen-komen positif. Baiklah, berita politik Abby kita tolak ke tepi dahulu. Kali ini penulis ingin berkongsi sekeping gambar yang menunjukkan kemesraan bukan sahaja antara Abby dan Memey, malah Norman Hakim yang berada diantara mereka.
Gambar menunjukkan Norman berpelukan mesra bersama Abby dan Memey. Ehhh, berpelukan? Norman sedar tidak yang dia dan Abby bukanlah muhrim dan tiada apa-apa pertalian yang membolehkan mereka berpelukan? Atau Abby terlalu gembira hingga terlupa untuk menegur Norman?
Tidak mengapa, kita anggap sahaja mereka suba menunjukkan kemesraan dan perdamaian antara kedua belah pihak. Namun, apabila dipersoalkan adakah perdamaian yang berlaku itu membuka jalan kepada Norman untuk menerima Abby semula, dia menyerahkan segalanya kepada takdir.
"Saya tak tahu nak cakap apa. Lagipun saya tak tahu apa status Abby sekarang ini. Cuma saya mengharapkan yang terbaik selepas ini dan akan sentiasa berdoa serta berusaha untuk menjaga keharmonian keluarga," kata Norman memetik dari laporan mStar hari ini.
Gambar diatas merupakan susulan dari selesai solat maghrib berjemaah lantaran dari majlis berbuka puasa yang diadakan di rumah Abby. MYNEWSHUB
No comments:
Post a Comment