Wednesday, November 30, 2011

Allahyarham Noramfaizul Dianugerahkan Anugerah Kesatria Terbilang Pemuda UMNO


Pemuda Umno pada Rabu mengiktiraf jurukamera BernamaTV Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor yang terkorban semasa mengikuti misi kemanusiaan di Somalia dengan Anugerah Kesatria Terbilang. Penolong Setiausaha Pemuda Umno Datuk Megat Firdouz Megat Junid ketika mengumumkan anugerah itu menganggap Noramfaizul sebagai seorang pejuang yang berani. Anugerah yang diadakan kali kedua itu disampaikan Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin kepada ibu Noramfaizul, Naemah Abd Majid, 63 dan balunya, Norazrina Jaafar, 37, sebelum menyampaikan ucapan dasar pada perhimpunan agung pergerakan itu di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini. Mahaguru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia Tan Sri Omardin Mauju merupakan penerima pertama anugerah tersebut pada tahun lepas. Noramfaizul, 39, yang turut dianggap 'Wira Malaysia Sebenar' oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terkorban akibat terkena tembakan curi semasa membuat liputan misi kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia bagi membantu mangsa kebuluran Somalia, pada 2 Sept lepas. Pada majlis itu, Khairy turut menyampaikan Anugerah Khas Pemuda Umno Malaysia yang julung kali diadakan kepada Ketua Pemuda Sabak Bernam Abdul Samad Dawood di atas jasa beliau menyelamatkan seorang kanak-kanak berumur tujuh tahun yang hampir lemas pada Jun lalu di Sungai Besar. -Bernama

No comments:

Post a Comment

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.