Wednesday, November 30, 2011

"Enam Jahanam" versi moden - Khairy


Jika dahulu masyarakat terhibur dengan filem "Enam Jahanam" arahan Allahyarham Tan Sri P Ramlee, kini mereka berdepan dengan "Enam Jahanam" versi pembangkang yang boleh menjahanamkan negara, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Katanya formula "Enam Jahanam" pembangkang itu ialah menjahanamkan sistem demokrasi, menjahanamkan sistem pentadbiran, menjahanamkan maruah negara, menjahanamkan sejarah negara, menjahanamkan jati diri bangsa dan menjahanamkan kemakmuran ekonomi negara.

Ketika menyampaikan ucapan dasarnya pada Perhimpuna Agung Pergerakan Pemuda UMNO di sini hari ini, Khairy berkata bagi menjahanamkan demokrasi, pembangkang sering menimbulkan kebangkitan rakyat di Timur Tengah atau lebih dikenali sebagai "Arab Spring" untuk menghasut rakyat Malaysia melakukan revolusi jalanan tetapi hakikatnya Malaysia amat berbeza berbanding dengan negara bergolak seperti Tunisia, Mesir atau Libya. "Pembangkang menggunakan isu ini bagi meniupkan api kebencian kepada kerajaan dan pada mereka sistem demokrasi ini tidak wujud di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN)," katanya.

Khairy seterusnya berkata formula enam jahanam mereka seterusnya adalah untuk menjahanamkan sistem pentadbiran selain mejahanamkan maruah serta sejarah negara. “BN adalah satu parti yang telah terbukti keupayaannya dalam mentadbir negara. Semangat setiakawan antara parti komponen dapat dilihat dengan jelas dalam pemilihan Jemaah Kabinet oleh Perdana Menteri.

Kata beliau lagi jati diri bangsa serta kemakmuran ekonomi negara yang seolah-olah tidak menjadi fokus kepada pembangkang menyerlahkan sikap rakus mereka yang hanya mengambil jalan populis. “UMNO adalah parti yang memperjuangkan agama, bangsa dan negara. Malangnya ini bukan fokus Pakatan Rakyat. Yang mereka tahu, gadaikan kepentingan bangsa, cabar kesucian agama, asalkan kepentingan politik mereka terjaga.

“PAS dan PKR masih sanggup bersekongkol dan hanya mendiamkan diri melihat orang Melayu di Pulau Pinang diasak dan dipijak-pijak oleh DAP. Hari ini, menjadi orang Melayu di Pulau Pinang, tak ubah seperti merempat di bumi sendiri. Bukan sekadar jatidiri Melayu hancur, warna kulit kita pun dah dipersenda.

No comments:

Post a Comment

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.