Thursday, November 24, 2011
Ketepikan Soal Calon, Jadikan Perhimpunan 2011 Medan Bina Kemantapan Parti
KUALA LUMPUR, 24 Nov- Perhimpunan Agung UMNO tahun ini diharap memberi kekuatan dan semangat yang tinggi kepada ahli-ahli UMNO khususnya dalam persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke13, ujar Naib Ketua UMNO Bahagian Dungun, Haji Matulidi Jusoh.
“Soal calon, soal siapa yang akan diletakkan dalam Pilihan Raya nanti bukan ukuran dan persoalan yang harus kita timbulkan dalam perhimpunan ini, sebaliknya kita perkukuhkan semangat dan kekuatan kita bagi memastikan BN menang besar dalam PRU13 kelak.
“Saya yakin, Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Razak juga mengharapkan perhimpunan kali ini, kita sebagai ahli UMNO akan berikrar taat setia dan berpadu tenaga dalam menyediakan satu pasukan yang kuat, serta menolak segala usaha yang boleh membawa perpecahan dalam parti kita,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Dungun kepada UMNO-Online ketika ditemui di parlimen baru-baru ini.
Pada masa yang sama beliau juga percaya semua ahli UMNO bersetuju dengan Perdana Menteri berhubung ‘winnable candidate’ (calon boleh menang), tanpa perlu mempertikaikan calon yang dipilih serta tidak melakukan sabotaj terhadap parti.
“Saya harap mereka sedar bahawa mereka bukan penentu siapa ‘winnable candidate’ tetapi rakyat, dan PM pastinya ada laporan dan mekanisme tertentu untuk mengetahui di setiap kawasan siapa yang merupakan ‘winnable candidate’.
“Oleh itu, kita jadikan Perhimpunan Agung UMNO kali ini sebagai medan terbaik kita bersatu-padu, mengukuhkan kekuatan dan bukannya dijadikan medan untuk melobi diri demi kepentingan peribadi,” ujarnya lagi. -MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Advertised
Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.

No comments:
Post a Comment