Wednesday, November 16, 2011

PM Najib Sampai Amanat Khas Kepada Sayap Muda Umno

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

KUALA LUMPUR: Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak akan menyampaikan Amanat Presiden kepada Pergerakan Pemuda dan Puteri khusus bagi menyuntik semangat kedua-dua sayap parti itu menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, majlis yang pertama kali diadakan itu bertujuan memberi ruang kepada kepimpinan Pemuda dan Puteri peringkat bahagian mendengar aspirasiserta harapan Presiden Umno sebelum menghadapi pilihan raya.

"Kami merasakan amanat ini amat penting sebagai satu persediaan kepada sayap-sayap Pemuda dan Puteri yang mewakili generasi muda selain sebagai persediaan menghadapi persidangan agung pada 29 November ini."Amanat ini amat bertepatan pada waktunya memandangkan persidangan kali ini mungkin merupakan perhimpunan terakhir sebelum PRU-13," katanya di lobi Parlimen di sini, Rabu.

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka turut menghadiri Majlis Amanat Presiden kepada Pemuda dan Puteri Umno yang akan diadakan pada Ahad ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).Selain itu Rosnah berkata, suntikan semangat daripada Najib yang jugaPerdana Menteri mampu memberi semangat kepada Pemuda dan Puteri dalam memenuhi tanggungjawab membela nasib rakyat."Ini sekali gus mengiktiraf Pemuda dan Puteri sebagai pemangkin transformasi kerajaan Barisan Nasional (BN) selain penterjemah suara orang muda di dalam Umno," katanya.

No comments:

Post a Comment

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.