Thursday, November 24, 2011

Konvensyen Media Sosial 1Malaysia



20 Nov 2011

KUALA LUMPUR - Konvensyen Media Sosial 1Malaysia mencadangkan kerajaan mewujudkan sebuah bank informasi bagi memudahkan penggiat media membuat rujukan serta berkongsi maklumat dengan mudah dan pantas, selain mendapatkan maklumat sahih berhubung sesuatu isu.

Pengerusinya, Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin berkata cadangan itu dapat membantu orang ramai mendapatkan maklumat dengan cepat dan tepat apabila ia diselaraskan kepada suatu tempat rujukan.

"Kita nak wujudkan sebuah tempat untuk membuat rujukan berhubung sesuatu perkara dan isu yang mudah diakses dan cepat kepada orang ramai.

"Meskipun setiap kementerian ada laman web masing-masing, tapi kita mahu menyelaraskan maklumat tersebut pada satu platform menggunakan media sosial supaya ia dapat disebarkan kepada orang ramai," katanya kepada pemberita selepas pelancaran konvensyen itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Beliau berkata cadangan itu adalah antara 10 perkara yang terkandung dalam resolusi konvensyen yang dibacakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada majlis berkenaan.

Terdahulu, wakil peserta konvensyen Dr Novandri Hassan Basri, yang juga penulis blog Medan Intelek Melayu, membacakan resolusi serta cadangan hasil perbincangan konvensyen itu.

Selain itu, resolusi tersebut juga mencadangkan agar hala tuju dan pelan komunikasi yang tersusun dirangka serta dikoordinasi dengan baik supaya maklumat serta isu dapat dijelaskan dengan lebih berkesan, selain mewujudkan sekretariat bagi menguruskan bank informasi secara efektif dan efisien.

Kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) juga diminta menimbang penglibatan aktif dalam media sosial sebagai satu kriteria bagi calon boleh menang dalam pilihan raya, selain menggesa lebih banyak penglibatan pemimpin politik.

Mohd Sharkar berkata pemimpin di kalangan ahli politik harus peka dan lebih bijak menggunakan platform ini sebagai cara mendekati rakyat dengan lebih pantas.

Mengulas lanjut mengenai konvensyen itu, beliau berharap sesi seterusnya dapat dilakukan dalam bentuk jelajah ke seluruh negara untuk mendapatkan cetusan cadangan penggiat media sosial lain.

source: bernama




_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://html.expresso.me/smileys

No comments:

Post a Comment

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.