Wednesday, November 30, 2011

Tekad tunjangi gerakan perubahan generasi muda - Rosnah


Pergerakan Puteri UMNO bertekad untuk menunjangi gerakan perubahan pemikiran dan cara bertindak generasi muda, kata Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Beliau berkata generasi muda dulu dan kini berbeza, kerana pada masa ini golongan itu kaya dengan pandangan dan persepsi serta mempunyai sifat eksplorasi yang tinggi sehingga menjadikan mereka kadangkala sukar difahami."Umpamanya jika ke kedai mamak, generasi pasca awal kemerdekaan yang memesan teh panas tetapi diberikan kopi panas akan tetap tersenyum dan minum rezeki yang ada di depan mata. "Bagi generasi pertengahan yang banyak didorong oleh sifat memberontak pembangkang lain pula lagaknya. Kalau yang diterima tidak sama seperti apa yang dipesan, maka dimaki-hamunnya si mamak itu, silap haribulan terbalik meja," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada persidangan perwakilan Puteri UMNO 2011, di PWTC.

Namun jika perkara itu berlaku pada generasi alaf baru hari ini Rosnah berkata: "Mereka tidak meminumnya, tidak juga memaki tetapi dengan senyap dan perlahan mereka berpindah ke kedai mamak sebelah dan itulah yang kita alami pada tsunami pilihan raya yang lalu."

No comments:

Post a Comment

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.