Monday, October 15, 2012

ANWAR IKON GERAKAN KRISTIAN DI MALAYSIA

Menjadi fakta yang terpahat di dalam penulisan sejarah dunia bahawa apabila kuasa-kuasa Barat mula menakluki wilayah-wilayah lain di dunia bermula pada kurun ke 13, mereka membawa bersama tiga kepercayaan atau prinsip utama yang dikenali sebagai 3G iaitu God, Gold, Glory atau Tuhan, Emas dan Keagungan.

Perkara yang sama berlaku dalam ekpedisi Alfonso de Alburquerque apabila mula berlabuh di Melaka yang kemudiannya membawa kepada kejatuhan dan penaklukan Empayar Melaka pada 1511.Senario yang sama dialami ketika Kapten Francis Light mendarat di Esplanade (kini dikenali sebagai Padang Kota Lama) di mana beliau terpegun dengan kedudukan strategik Pulau Pinang lalu dengan strategi penipuan yang liciknya, jajahan Sultan Kedah itu menjadi milik kuasa Inggeris.Francis Light juga membawa misi 3G yang sama seperti Albuquerque tetapi, di mana salah satu objektif utamanya ialah mengkristianisasikan penduduk tempatan yang terdiri daripada orang Melayu yang beragama Islam, samada secara halus atau paksaan.

Kini setelah hampir 300 tahun berlalu, Pulau Pinang bukan lagi diperintah oleh golongan berkulit putih, rambut perang dan berbahasa Inggeris tetapi puak Cina pembangkang yang diwakili oleh parti rasis DAP.Dilihat daripada mata kasar sememangnya ada perbezaan ketara samada dari aspek-aspek fizikal atau budaya tetapi satu perkara yang dikongsi bersama antara penjajah Inggeris dan DAP ialah faktor agama.Jika agama Kristian dibawa secara rasmi untuk dikembangkan di Tanah Melayu bermula dengan Francis Light dan kemudian misi beliau disambung oleh penjajah Inggeris pada abad ke 19 hingga ke pertengahan abad ke 20, maka setelah merdeka misi tersebut tidak mati begitu tetapi diteruskan oleh rakyat negeri ini berpegang kepada konsep 3G tersebut.Tidak hairanlah DAP melenting apabila Ahli Parlimen Datuk Zulkifli Nordin menunjukkan bukti bergambar berkaitan satu majlis kesyukuran di Pulau Pinang pada 5 Mei tahun lalu tidak lama selepas kemenangan besar DAP dalam pilihan raya negeri Sarawak pad 16 April 2011.

Gambar tersebut menunjukkan pemimpin-pemimpin pusat DAP bersama-sama meraikan kemenangan dengan ADUN-ADUN baru DAP di Sarawak yang turut merayakan bersama para paderi dan pastor dari negara luar dari United Kingdom dan Afrika Selatan.Yang mengejutkan ketika doa dibacakan pada majlis itu, mereka mengharapkan negara Malaysia pada satu hari kelak akan menjadi negara Kristian dan jawatan Perdana Menteri juga akan dipegang oleh seorang yang beragama Nasrani. Malah agenda yang lebih merbahayakan pada majlis makan itu ialah kesediaan pihak gereja asing menghulurkan dana agar perkara ini menjadi satu realiti.Terdapat juga dakwaan bahawa bebeberapa majlis seperti di Pulau Pinang telah juga diadakan beberapa kali di Sarawak.Perkara yang sama juga telah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen PAS dari Bachok, Nasharuddin Mat Isa dan kini DAP bercadang untuk menyaman beliau.

Golongan Kristian di negara ini yang kini dipelopori oleh DAP nampaknya semakin berani mengenengahkan agenda Kristian apabila mereka mula merasa kuat dengan kemenangan penambahan kerusi di Parlimen pada PRU 2008 dan kemudiannya membolot 16 kerusi di PRN Sarawak.Malangnya keberanian dan keangkuhan DAP melakar agenda Kristian mereka sebelum ini telah dibantu oleh seorang pemimpin politik beragama Islam dan dilihat sebagai tokoh Islam antarabangsa bernama Anwar Ibrahim.Tanpa memikirkan kesan dan impak kepada Islam, Anwar menjelajah ke seluruh Malaysia, mempertahankan penggunaan istilah ALLAH oleh penganut Kristian di Sabah dan Sarawak dan juga penerbitan kitab Injil dalam bahasa Melayu.Puak Kristian ekstrim yang menguasai DAP seperti Lim Kit Siang, anaknya Lim Guan Eng, Teresa Kok, Ngeh Koo Ham, Nga Kor Ming, Anthony Loke, Ronnie Liu, Charles Santiago, Wong Ho Leng, Chong Chien Jien dan ramai lagi bertepuk sorak kegembiraan apabila seorang Ketua Pembangkang berpihak kepada mereka.

Bagi DAP, Anwar adalah hero mereka kerana telah membuka jalan yang lebih besar serta menyenangkan misi mereka untuk mengKristiankan Malaysia dengan kadar yang lebih cepat.Oleh kerana itulah DAP menjadi parti pembangkang yang pertama menyokong Anwar sebagai calon Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat menang pada PRU 13 dan terus menyokong beliau sebagai Ketua Pembangkang walaupun ketika jumlah kerusi PKR adalah yang tercorot di Parlimen berbanding DAP dan PAS apabila lima anggota parlimennya melompat.Tidak payah untuk berfikir secara kompleks bahawa Anwar adalah ikon Kristian yang bakal menjahanamkan orang Melayu dan Islam di negara ini jika dibenarkan berkuasa.PKR yang pada mulanya diasaskan oleh bekas ahli dan pemimpin daripada Umno, ABIM serta NGO Melayu dan pada peringkat awal diterajui oleh pimpinan Melayu kini telah menjadi sarang kumpulan Kristian yang menguasai disetiap lapisan kepimpinan parti.

Muka Melayu yang memegang kuasa dalam PKR sekarang hanyalah sekadar Anwar, Wan Azizah serta Azmin dan beberapa kerat yang lain.Bermula pada peringkat naib presiden, majlis pimpinan pusat, biro-biro, cabang malah ranting sekalipun kebanyakannya dipegang oleh pemimpin bukan Melayu malah ramai antara mereka adalah folongan Kristian yang kuat beragama terutamanya dari Sabah dan Sarawak.Suara Melayu di dalam PKR sudah layu dan boleh dikatakan sudah terbenam dengan kemenangan ramai pemimpin bukan Melayu pada pemilihan parti 2012.Bagi Anwar samada pemimpin Melayu dalam PKR kuat atau sebaliknya tidak penting baginya.

Yang penting bagi Anwar ialah sokongan dan dokongan kuat daripada DAP yang difikirkan adalah jalan utamanya baginya mencapai impian menjadi Perdana Menteri.

1 comment :

  1. Saya Widya Okta, saya ingin memberi keterangan kerja yang baik dari Allah dalam hidup saya kepada bangsaku yang sedang mencari untuk pinjaman di Asia dan bahagian lain perkataan, kerana ekonomi yang buruk di beberapa negara. Adakah mereka sesiapa yang mencari pinjaman di antara kamu? Kemudian, anda perlu berhati-hati kerana banyak syarikat pinjaman penipuan di sini di internet, tetapi mereka masih tulen sekali dalam syarikat pinjaman palsu. Saya telah menjadi mangsa yang 6 kredit peminjam penipuan, saya hilang begitu banyak wang kerana saya mendapatkan pinjaman daripada syarikat mereka. Saya hampir mati dalam proses kerana saya ditahan oleh rakyat hutang saya sendiri, sebelum i adalah pembebasan dari penjara dan seorang kawan saya yang saya menerangkan keadaan saya kemudian memperkenalkan saya kepada sebuah syarikat pinjaman reliabl yang SANDRA Vialone FIRM. Saya mendapat pinjaman saya daripada Rp 900.000.000 dari SANDRAOVIALOANFIRM sangat mudah dalam tempoh 24 jam yang i digunakan, Jadi saya membuat keputusan untuk berkongsi kerja yang baik dari Allah melalui SANDRAOVIALOANFIRM dalam kehidupan keluarga saya. Saya meminta nasihat anda jika anda memerlukan pinjaman anda lebih baik hubungan SANDRAOVIALOANFIRM. menghubungi mereka melalui e-mel:. (Sandraovialoanfirm@gmail.com)
    Anda juga boleh menghubungi saya melalui e-mel saya di (widyaokta750@gmail.com) jika anda mendapati sukar atau mahu prosedur untuk mendapatkan pinjaman.

    ReplyDelete

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.