Umumnya, sebahagian besar rakyat Kelantan telah lama menyedari projek Pembangunan & Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) di Lembah Sireh adalah salah satu dari beberapa projek pembangunan oleh Kerajaan PAS Kelantan yang gagal dilaksanakan sepenuhnya disebabkan pelbagai kelemahan dan kecuaian di pihak kerajaan negeri.
Namun tidak ramai yang menyedari bahawa kegagalan pihak pemaju swasta Liziz Standaco Sdn Bhd menyiapkan projek tersebut juga sebenarnya telah menyebabkan kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Nik Aziz Nik Mat terpaksa menanggung kerugian yang tidak sedikit jumlahnya. PTSK ataupun lebih dikenali sebagai Projek Lembah Sireh itu, bukan sahaja telah menyebabkan negeri Kelantan mengalami kerugian berikutan tanah seluas 716.8 ekar (286.72 hektar) yang bernilai RM318.29 juta tergadai dan berpindah milik kepada syarikat tersebut, malah kerugian sebenarnya jauh lebih besar sehingga melebihi RM700 juta. Jumlah kerugian tersebut hampir bersamaan dengan dua kali ganda jumlah belanjawan tahunan Kerajaan PAS Kelantan, malah angka itu juga 3 kali ganda lebih besar daripada peruntukan RM250 juta untuk NFC Corp yang pernah disensasikan oleh pakatan pembangkang sebelum ini.
Jika dalam isu NFC yang diberi pinjaman RM250 juta jelas termaktub dalam perjanjian bertulis wang pinjaman tersebut perlu dibayar mengikut jadual, namun dalam kes projek Lembah Sireh pula tanah yang bernilai RM318.29 juta itu secara cuai telah dipindah milik tanpa prosedur yang betul. Ini disahkan sendiri oleh Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2011 yang merekodkan kegagalan projek itu serta turut mengesahkan penukaran hak milik tanah telah dilakukan sewenang-wenangnya, sedangkan sepatutnya hanya selepas keseluruhan projek pembangunan telah selesai dilaksanakan barulah urusan pindah milik kepada Liziz Standaco boleh dilakukan. Sementara itu, dalam satu kenyataan oleh Presiden Pertubuhan Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK), Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad ketika mengulas isu ini, katanya mengikut perjanjian yang ditandatangani kedua-dua pihak itu antara lainnya mensyaratkan pemberian tanah seluas 716.8 ekar itu sepatutnya diikuti dengan sumbangan balas dari Liziz Standaco dalam bentuk kewangan dan pembangunan fizikal. Namun disebabkan kegagalan Kerajaan PAS Kelantan mengurus amanah rakyat, tanah tersebut tergadai begitu sahaja tanpa mendapat manfaat yang setimpal sebagaimana yang disyaratkan dalam perjanjian. Berikutan kecuaian pemimpin PAS yang mengurus tadbir negeri dengan berkesan, impaknya menyebabkan kerajaan negeri kehilangan hak ke atas tanah yang bernilai RM318.29 juta itu, dalam masa yang sama juga mengalami kerugian sebanyak RM389.09 juta dalam bentuk sumbangan balas yang hingga saat ini gagal ditunaikan oleh syarikat Liziz Standaco.
Justeru itu, amatlah wajar sekali apabila NGO terbabit mendesak Timbalan Menteri Besar Kerajaan PAS Kelantan iaitu Datuk Ahmad Yakob mengambil tanggungjawab seterusnya meletakkan jawatan berikutan kerugian tersebut, sementelah lagi kerugian yang ditanggung terlalu besar melibatkan pula harta rakyat dan bukannya harta milik pemimpin PAS negeri. Menurut Presiden OMBAK itu lagi, pengesahan audit dari LKAN membuktikan bahawa pendedahan yang dibuat pihaknya Februari lalu berkaitan isu ini ternyata benar. Lebih mengecewakan lagi selepas pendedahan itu, kerajaan negeri tidak pula mengambil inisiatif untuk memperbetulkan keadaan. Keadaan ini sekaligus menimbulkan tanda tanya dikalangan khalayak anak negeri, gerangan siapakah pemilik Liziz Standaco dan apakah hubungannya dengan pemimpin dalam Kerajaan PAS Kelantan?
Entah apa istimewanya Liziz Standaco Sdn Bhd sehingga mendapat kelebihan sedemikian rupa termasuklah secara mudah dibenarkan memiliki tanah milik kerajaan negeri sekalipun sehingga kini masih gagal menyediakan dan menyiapkan pembangunan fizikal yang dijanjikan.
Melihat pada senario kegagalan projek Lembah Sireh serta tergadainya tanah kerajaan yang bernilai beratus juta ini, jelas sekali ia menuntut rakyat Kelantan untuk segera bangkit membantah unsur penyelewengan yang kemungkinan besar memang wujud seperti mana pernah diperkatakan ramai lama sebelum ini.
Jika rakyat Kelantan lambat bertindak dalam menyatakan hak mereka, dan masih enggan menjatuhkan Kerajaan PAS Kelantan yang sudah terbukti lemah, cuai dan gagal ini, dikhuatiri kelak masa depan negeri ini pula yang tergadai nanti.

No comments:
Post a Comment