Friday, October 5, 2012

Isu Kahwin Anak Ketua Menteri Melaka-Pembangkang Kehabisan Modal... Dengki


Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata pihak pembangkang di negeri ini sengaja menjadikan jumlah kehadiran 130,000 tetamu pada majlis persandingan anak lelakinya di sini Ahad lepas, sebagai isu.

Beliau berkata kehadiran ramai tetamu pada majlis itu memperlihatkan tanda sokongan di kalangan penyokong Barisan Nasional mahupun rakyat biasa terhadap beliau. 
"Ini semata-mata sifat dengki (oleh pembangkang), mereka tiada kerja lain (bagi menimbulkan isu), terserah ...," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bank Persatuan Cawangan Melaka di Kota Fesyen, Ayer Keroh di sini semalam. 

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tuntutan pemimpin pembangkang Melaka agar beliau mengisytiharkan segala perbelanjaan untuk penganjuran majlis persandingan itu.

Majlis tersebut juga diiktiraf The Malaysia Book of Records sebagai tetamu teramai dalam majlis perkahwinan antara Mohd Ridhwan, 26, dan pasangannya Nur Azieha Mohd Ali, 26, di Dewan Tun Ali Bukit Katil.

Beliau secara berseloroh berkata kehadiran tetamu akan lebih ramai sekiranya majlis persandingan itu untuk bapa pengantin lelaki.

"Kalau saya yang kahwin...lebih ramai lagi yang akan hadir," katanya sambil tersenyum.


- Bernama



No comments:

Post a Comment

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.