Percubaan Lim Kit Siang untuk memecahbelahkan umat Islam dengan berdegil ingin memaksa tafsiran Negara Sekular terhadap Malaysia meletakkan PAS di dalam dilemma. Konon, Kit Siang ingin menimbulkan keraguan umat Islam terhadap UMNO dengan mengulangi kenyataan Tunku Abdul Rahman bahawa Malaysia adalah Negara Sekular. Namun, Kit Siang lupa bahawa Tun Mahathir, Tun Abdullah dan Datuk Seri Najib telah menegaskan bahawa Malaysia adalah Negara Islam. Justeru, jika kenyataan seorang Perdana Menteri perlu diambil kira, kenapakah kenyataan tiga Perdana Menteri lain perlu ditolak? Lagipun, apakah sesebuah konsep pentadbiran itu boleh dijelaskan dengan hanya satu kenyataan? Sedangkan, yang lebih penting dalam menerangkan konsep pentadbiran adalah dengan melihat kepada perlembagaan serta landskap kehidupan masyarakat secara keseluruhan. Malaysia adalah Negara Islam berdasarkan hakikat ianya diperintah oleh pemimpin Islam yang tidak menyeru kepada maksiat dan perlembagaan yang tegas mendaulatkan Islam serta kehidupan masyarakat yang bebas beribadah tanpa sekatan. Malaysia juga telah menjadi Negara Islam contoh dan ini diiktiraf sendiri oleh Ulama-ulama tersohor dunia termasuk Syeikh Yusuf Al-Qaradawi.
Maka, bagi Kit Siang menafikan negara ini sebagai Negara Islam menyerlahkan kesungguhan beliau menentang Islam dan ingin mendirikan Negara Sekular. Persoalan yang timbul dari tindakan Kit Siang ini ialah, apa kata PAS? Apakah Kit Siang membangkitkan soal ini kerana ingin membantu PAS membina Negara Islam yang sebenar? Tentu sekali tidak, kerana diketahui bahawa Kit Siang dan DAP sentiasa konsisten, terbuka dan tegas menolak sebarang usaha membentuk Negara Islam. Tidak mustahil Kit Siang sekadar ingin menguji di mana pendirian PAS dalam hal ini. Apakah PAS akan membela kenyataan Kit Siang dengan turut mengakui negara ini adalah sekular atau sebaliknya? Jika ya, apakah PAS akan berikrar untuk mendirikan Negara Islam yang sebenar yang dikatakan tidak mampu dibuat oleh UMNO, atau apakah PAS hanya akan akur dengan DAP untuk memastikan negara ini kekal sebagai Negara Sekular? Seperti yang dijangka, PAS hanya berdiam diri bimbang tersalah cakap dan ditengking oleh DAP. Sudahnya, PAS hanya mampu bersetuju dengan DAP bahawa negara ini bukan Negara Islam tetapi PAS tidak mampu untuk menolak perjuangan DAP untuk memastikan negara ini menjadi Negara Sekular.
Kini jelaslah bahawa jika Pakatan Rakyat memerintah, Kit Siang akan memastikan bahawa perkara pertama yang akan diisytiharkan oleh kerajaan PR ialah berkenaan Malaysia bukanlah sebuah Negara Islam. Berikutan itu, maka 4 tonggak utama perjuangan DAP akan dilaksanakan sejurus PR mengambil-alih iaitu 'menghapuskan Institusi Raja-raja Melayu' sekali gus 'Rejimen Askar Melayu DiRaja', 'menghapuskan hak istimewa bumiputera' dan 'membuang Islam sebagai agama rasmi negara'. Bagi mereka-mereka yang naïf dan jahil tentang politik DAP, mungkin tidak tahu bahawa keempat-empat ini adalah objektif utama penubuhan dan perjuangan DAP sejak dahulu sehingga kini dan selamanya. Justeru, dengan tindakan PAS yang berdiam diri apabila DAP memperjuangkan Negara Sekular, maka tidak salahlah jika kita berkata yang PAS juga telah bersedia mendokong matlamat perjuangan yang sama dengan DAP. Jika masih ada umat Melayu yang mengundi PAS, maka ketahuilah bahawa anda sedang membantu menghapuskan kedaulatan Islam di bumi sendiri.

No comments:
Post a Comment